bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

3 May 2010

Terbaru!!! Pas & Pakatan Sedia Menjuarai Masaalah Kaum India!!!

Pakatan sedia selesai masalah utama kaum India
Hashim Abdullah   
http://harakahdaily.net/v2/

CAMERON HIGHLANDS, 3 Mei: PAS dan Pakatan Rakyat (PR) akan memberi perhatian serius untuk menyelesaikan dua masalah besar yang dihadapi masyarakat India di negara ini jika diberikan mandat memerintah negara, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Menjawab soalan wartawan pada sidang media khas selepas pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS Cameron Highlands, di Hotel Coolpoint, Tanah Rata, dekat sini, semalam, Tuan Ibrahim berkata masyarakat India di negara ini  menghadapi masalah pendidikan dan sosial yang teruk walau pun Umno/BN telah menguasai pemerintahan lebih 50 tahun.

“Kalau PR diberikan kuasa pemerintahan di negara ini selepas pilihan raya umum akan datang, kita akan fokuskan usaha kita untuk menyelesaikan dua isu besar yang dihadapi masyarakat India iaitu pendidikan dan sosial. “Isu besar masyarakat India adalah isu pemilikan tanah dan rumah. Walau pun telah 50  tahun mereka duduk di ladang, tenaga mereka diperah namun sampai tua, sudah beranak, bercucu pun masih tak ada tanah dan rumah.

“Begitu juga saya pergi ke Johor, saya dibawa ke sebuah sekolah Tamil, ada sekolah yang didirikan dalam keadaan yang amat dhaif, macam bukan sekolah. Pendidikan kaum India merupakan isu besar yang akan diberikan fokus,” katanya. Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pahang, N Balasubramaniam, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Perak, Suria Nayaran,  Pengerusi Penaja Kelab Penyokong PAS Cameron Highlands, Rajagopal a/l Katiappan dan pimpinan PAS Pahang.



Komen Isac;


Janji, semua orang boleh berjanji.....Kalau mahu supaya apa yang berlaku di perkampungan Kg. Buah Pala berulang, silakanlah....

Ada juga kes di mana tapak tanah sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang dah "tergadai"..... Fikir-fikirkan!!!

Apapun rakyaat berhak untuk memilih....Tapi jangan perjudikan nasib anak-cucu kita.



1 comment:

  1. ISAC-mereka boleh buat kerja-kerja itu,tetapi dengan sarat mesti bawa ayah Pin jadi ahli,tentu beres punya.rendam kaki dalam air susu boleh minum.parti-parti ini tidak mustahil untuk mencari keuntungan.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3