Subsidi perlu dikurangkan perlahan-lahan, kata Dr Mahathir
Wednesday, 26 May 2010
PETALING JAYA, 25 Mei — Subsidi perlu dikurangkan secara beransur-ansur dalam usaha kerajaan menambah baik kewangannya, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.
“Saya rasa lebih baik mengurangkan subsidi langkah demi langkah,” katanya apabila ditanya tentang langkah kerajaan untuk akhirnya menghapuskan subsidi yang semakin menjadi beban kepada kewangan kerajaan.
Sebelum itu, Dr Mahathir (gambar) merasmikan pusat 4S (jualan, perkhidmatan, sistem dan alat ganti) baharu Aiman Motor Sdn Bhd yang terletak di Petaling Jaya.
Menurut Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (PEMANDU), keseluruhan subsidi Malaysia bagi 2009 berjumlah RM74 bilion yang bersamaan dengan RM12,900 bagi setiap isi rumah.
Komen Isac;
Secara matematik, kerajaan akan mempunyai lebihan wang sebanyak RM 74 billion sekiranya semua subsidi yang diberikan ditarik balik!
Satu soalan penulis, adakah ianya termasuk subsidi yang diberikan kepada petani dalam bentuk bantuan baja, racun serangga dan kepakaran, juga subsidi untuk makanan binatang ternakan bagi para penternak? Selain itu ada berbagai-bagai lagi bentuk subsidi yang diberikan kepada industri pertanian dalam usaha kerajaan untuk mengawal harga barangan tersebut di samping menggalakkan para pengusaha menceburi bidang tersebut bagi mengelakkan kebergantungan kepada barangan import. Adakah ini semua juga akan ditarik balik?
Jika ya, pastinya harga semua barangan pertanian tersebut bakal naik.
Kerajaan juga perlu sedar, apabila semua subsidi ditarik balik, secara otomatik para pekerja akan memerlukan gaji yang lebih tinggi, dan harga barangan keluaran negara juga pastinya akan naik! Adakah dengan kenaikkan kos pengeluaran ini nanti bahan mentah dan barangan keluaran negara mampu bersaing di peringkat global?
Jika golongan pekerja, peniaga dan kakitangan kerajaan, mereka mungkin tidak akan terasa akan kenaikan harga barangan kerana gaji mereka juga bakal dinaikkan, tetapi bagaimana pula dengan orang-orang kampung? Orang asli dan juga petani-petani kecil yang sememangnya sejak dahulu tidak memperolehi subsidi? Jika barangan keperluan semuanya naik harga, tidakkah ini akan menyusahkan mereka? Bagaimana kerajaan mahu mengimbangi masalah ini?
Memang benar, pemberian subsidi yang tidak dikawal dengan baik, membuatkan kerajaan terpaksa berbelanja lebih kerana ianya disalah-gunakan oleh sesetengah golongan untuk "mengkayakan" diri sendiri...klik sini dan sini.
Jestru itu pihak penguatkuasa sepatutnya perlu lebih tegas di dalam menjalankan tugas mereka di dalam membasmi masalah ini dan bukannya menghapuskanya sama-sekali pemberian subsidi! Bagaimana pula dengan bantuan/subsidi kerajaan terhadap industri pembuatan? Adakah ini pun akan dihapuskan?
Pada pandangan penulis kerajaan boleh menggunakan kaedah serampang dua mata. Kawalan terbaik untuk subsidi barangan keperluan adalah dengan"menaikkan" nilai pertukaran Ringgit di pasaran dunia, apabila Ringgit "kukuh" dan tinggi nilainnya, semua barangan keperluan di dalam negara pastinya tidak lagi boleh diseludup sewenang-wenangnya ke luar sempadan, seperti ke negara Indonesia dan Thailand kerana harga barangan tersebut telah menjadi mahal , disebabkan tukaran matawang yang tinggi. Sebaliknya mungkin kita akan dapat lihat perkara sebaliknya pula yang berlaku, iaitu penyeludupan barangan keperluan daripada kedua-dua negera ini pula yang akan masuk ke negara kita.
Sebagai contohnya, jika nilai wang kita dinaikkan supaya pertukaran bagi 1 Ringit Malaysia = Dollar Singapura dan harga barangan kekal pada harga sekarang, secara tidak lansung barangan yang dahulunya bernilai RM 1.00 kini secara teorinya nilainya meningkat menjadi sekitarRM 2.34, Ini adalah kerana pada waktu sekarang tukaran Ringgit Malaysia berbanding Dollar Singapura adalah RM 2.34 = SD 1.00 dan Berbanding USD, RM 3.29 = USD 1.00
Ataupun jika dahulu tepung yang bernilai RM 1.45 sekilo = USD 0.45, bila Ringgit disamakan nilai dengan Dollar Singapura, walaupun dalam negara harganya masih sama iaitu RM 1.45, tetapi harga tepung tersebut sebenarnya akan meningkat menjadi USD 1.03 sekilo. Pastinya subsidi yang diberikan oleh kerajaan juga akan dapat dikurangkan ataupun mungkin ditarik secara keseluruhan.
Kerajaan juga tidak perlu lagi memberi subsidi kepada barangan keperluan yang lain (yang diimport ataupun hasil keluaran negara) seperti tepung gandum, susu, gula, minyak masak dan lain-lain.
Juga pastinya "pelancong-pelancong" negara-negara jiran juga tidak akan berani "menyeludup" petrol/diesel dari negara kita kerana harganya telah menjadi "mahal" bagi mereka. Bahkan jika mereka melancong ke negara kita, mereka akan pastikan bahawa tangki minyak kereta mereka penuh!
Untuk sektor industri pula, walaupun pemberian subsidi sumber tenaga, seperti diesel dan gas adalah perlu bagi merancakkan industri pembuatan dan mengurangkan kebergantungan negara terhadap barangan import, tetapi apabila nilai Ringgit telah meningkat lebih dua kali ganda, pastinya subsidi akan dapat dikurangkan dengan sendiri.
Jika ini dilakukan (menaikkan nilai Ringgit Malaysia) gaji pekerja juga tidak perlu dinaikkan kerana "kuasa membeli" kita akan menjadi lebih dua kali ganda!!! Dan kerajaan juga selain tidak perlu memberikan subsidi dan mereka akan mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan.

Kita cuma perlu menetapkan semula harga barangan eksport kita supaya harga barangan dan komoditi tersebut masih berdaya saing di peringkat global!!!
Ramai yang berkepentingan memberi pandangan, dan dengan itu susah hendak memahami cerita sebenarnya. Pihak media pula memilih orang-orang mereka membuat ulasan untuk mengutarakan agenda masing-masing (iaitu mengekal subsidi kepada yang berada dengan memutar belit isu ini).
ReplyDeletePada asalnya tujuan pengurangan subsidi ialah subsidi dikurangkan untuk mereka yang duduk dalam kelompok 60% keatas dari segi kemewahan, dan subsidi ini setiap tahun berjumlah lebih kurang RM 76 bilion. Kini ada yang menyebut bahawa dengan pengurangan subsidi, kerajaan boleh kurangkan perbelanjaan sebanyak RM 106 bilion.
Persoalan pokok ialah cara mengurang subsidi kepada orang yang mewah. Sebagai contoh mereka yang memilikki kereta mewah dan mampu membayar harga minyak yang tinggi tetap mendapat subsidi juga. Bagitu juga dengan barangan makanan seperti beras, yang mewah tetap membayar dengan harga yang sama.
Pendapat saya makmal subsidi telah tersasar dari landasan asalnya, kalau dilihat apa yang disebut oleh media,dan sebenarnya apa yang perlu dicari ialah cara untuk mengurangkan subsidi kepada yang kaya. Itu sahaja.