bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

7 May 2010

Isu Hak Milikan GMC (Global Media Channel Sdn Bhd) - Perlu Gunakan Password "MOKHTAR" ???

Published: Khamis Mei 6, 2010 MYT 10:02:00 PM
Updated: Khamis Mei 6, 2010 MYT 10:27:54 PM
Kickdefella Dedah Nama Husam Disebalik GMC


PETALING JAYA: Nama Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa akhirnya dikaitkan secara langsung dalam isu kewujudan Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC) oleh penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella.
Syed Azidi dalam entri terbaru blognya mendakwa Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan mengetahui secara jelas berhubung GMC yang dijadikan pusat operasi gerak saraf PAS untuk melemahkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan mengukuhkan kedudukan parti itu di Kelantan.

Syed Azidi juga mendakwa beliau pernah diarahkan oleh Husam supaya memaklumkan kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa GMC adalah kepunyaan Menteri Besar Kelantan itu.

Jelas Syed Azidi, persoalan mengenai pemilikan GMC diajukannya kepada Husam beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) apabila Nik Abdul Aziz dijadualkan untuk mengadakan satu sidang media di studio GMC. Memandangkan Nik Abdul Aziz akan membuat kunjungan kali pertama ke GMC, Syed Azidi berkata beliau telah mengajukan soalan kepada Husam mengenai pemilikan agensi berkenaan.

"Kalau Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tanya, hak siapa, apa perlu saya jawab?" tanya Syed Azidi kepada Husam. "Kata ini hok (hak milik) Tok Guru,” itu arahan daripada Husam menurut Syed Azidi yang dipetik dalam blognya http://kickdefella.wordpress.com/. Menurut Syed Azidi, beliau tidak pernah mempertikaikan kenyataan Husam.

Bukan itu sahaja, dakwa Syed Azidi, nama GMC juga disebut beberapa kali dalam mesyuarat exco kerajaan negeri bagi menaikkan imej seseorang. "Bagaimanapun niat murni itu tidak dapat menghidupkan semula GMC kerana ia dilihat sebagai platform Husam untuk menaikkan imejnya," kata bloger itu lagi. Syed Azidi baru-baru ini mendakwa menerima peruntukan lebih RM4 juta untuk bersama mengendalikan sebuah operasi gerak saraf bagi mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan pentadbiran Kerajaan Pusat.

Katanya lagi, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa juga pernah menghadiri taklimat media PRU-12 di GMC. "Ustaz Nasharuddin juga dibawa melawat setiap tingkat bangunan tersebut dan diberi taklimat oleh Ketua Operasi IPTV Global Media Channel berhubung operasinya," katanya sambil mendakwa Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan juga pernah menghabiskan masa di GMC.

Malah dedah Syed Azidi, Takiyuddin pernah mengumumkan bahawa Majalah Kelantan Gateway milik kerajaan negeri diterbitkan dengan kerjasama sebuah syarikat milik kerajaan Kerajaan Negeri iaitu GMC.



Komen Isac;

Memandangkan Pas masih tidak mahu mengaku hak milikan GMC (Global Media Channel Sdn Bhd) adalah milik mereka, apakata jika gunakan "password"/kata laluan, "MOKHTAR"??? Mana tahu kalau-kalau betul....


Nota: Foto disunting dari Agenda Daily.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3