bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

27 May 2010

Pembongkaran Ezam!!! - Izzah Pula Kata Ia Suatu Pembohongan!!!!!

Ezam buat tuduhan jahat - Izzah
SHAH ALAM – Dakwaan Senator YB Ezam Mohd Noor yang mengatakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pernah memberitahunya Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang peliwat disangkal sekeras-kerasnya oleh anak mereka, YB Nurul Izzah.

YB Nurul Izzah ketika dihubungi Sinar Harian berkata, tuduhan yang amat jahat seperti itu memang sudah dijangka keluar dari mulut Ezam yang sudah mendapat habuan Senator kerana menentang Anwar selama ini.

Katanya, pelantikan Ezam sebagai senator sebenarnya berfungsi sebagai pembuat pelbagai tuduhan dan kenyataannya di Kelantan malam kelmarin membuktikannya.

“Nasihat saya, teruskanlah dengan kerja jahat anda. Saya yakin anda akan mendapat balasan setimpal daripada Allah,” katanya.

Nurul yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, menegaskan, rakyat sudah faham dan boleh menilai sendiri kebenaran tuduhan yang dilemparkan Ezam kerana beliau sering menyerang Anwar dengan tuduhan yang tidak berasas.

“Rakyat Kelantan dan seluruh Malaysia bijak. Mereka boleh nilai aksi Ezam di atas pentas. Sudah dapat habuan, makin dahsyat tuduhan jahatnya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Strategik PKR, Tian Chua mempertikaikan tuduhan Ezam kerana jika betul dakwaan tersebut, beliau sepatutnya sudah mendedahkannya sejak berada dalam PKR dahulu.

“Kita tidak perlu layan tuduhan ini. Saya dan beliau bersama-sama mempertahankan Anwar sejak dulu lagi. Ini bukan isu lagi sekarang.

“Ada banyak lagi isu lebih besar dari isu peribadi, contohnya seperti isu judi bola, isu tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Singapura dan pemberian telaga minyak Malaysia kepada Brunei,” katanya.

Malam kelmarin, di KOTA BHARU, Ezam ketika ceramahnya mendedahkan beliau pernah diberitahu tentang perlakuan negatif Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dari isterinya sendiri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Ezam berkata, beliau sanggup bersumpah dengan menjunjung al-Quran bahawa kenyataan tersebut dibuat oleh Wan Azizah sendiri ketika beliau masih bersama dengan parti itu sebelum ini.

“Saya cabar dia (Wan Azizah), dia boleh angkat al-Quran, dia boleh nafikan dengan mengangkat al-Quran dia tidak bagi tahu saya, tapi saya boleh angkat al-Quran untuk menyatakan orang yang bagi tahu kepada saya yang Anwar mempunyai penyakit dan perangai jijik itu tidak lain tidak bukan ialah isteri dia sendiri, Wan Azizah, ini cabaran saya,” katanya.






Komen Isac;

Untuk memudahkan rakyaat dalam menilai siapakah yang benar, kalau apa yang YB Senator Ezam telah perkatakan itu tidak benar, maka Kak Wan boleh menafikannya dengan bersumpah dengan nama Allah s.w.t., kan senang? Mengapa cuma nak menuduh orang lain berbohong? Mengapa tidak sambut cabaran Ezam untuk bersumpah?

Kebenaran perlu kerana kes ini melibatkan kepentingan awam dan kesucian agama Islam.

10 comments:

  1. ler... bukankah dulu heboh Ezam ada affair dengan Nurul Izzah dan mereka berdua hampir berkahwin. Sbbnya rumah Anwar dan jadi rumah kedua Ezam. Dan kalau tak ada Ezam dah lama Nurul Izzah adik beradik kebuluran ketika bapanya duk dalam penjara dulu...

    ReplyDelete
  2. dah2 la tu ezzah oiii. pakat2 anak branak pujuk la papa tuu, suruh dia bertaubat...umo pun dah 63 bukan muda punnn. bertaubat laaa sementara pintu taubat masih terbuka.

    lepas t/jawab aku sebagai mukmin, selebihnya terpulang la pada nurul dan keluarga.

    jai

    ReplyDelete
  3. Kepada Wan Azizah dan Nurul serta semua anak2 si tua Anwar kaki jubo....kan paput kamu yang suka saman sana saman sini kalau tak betul dakwaan panglima Melayu moden Yb Senator Ezam kenapa tak saman saja Ezam di mahkamah.Semua Peguam paput kamu kan serba boleh.....
    Susah-susah aje......

    ReplyDelete
  4. guna akal sikit....Ezam ni dah 2 kali masuk penjara kerana mempertahankan Anwar...lagipun Ezam lah yang menubuhkan PKR....soalannya kenapa beliau sendiri yang lari drpd PKR...??

    ReplyDelete
  5. Cukup-cukuplah tu Nurul Izzah. Jangan nak tegakkan benang yang basah. Takkan Wan Azizah nak cerita perkara sulit pada anaknya. Kalau rasa Ezam buat fitnah saman aja. Sejahil-jahil orang Islam tidak begitu mudah untuk membuat fitnah, apa tah lagi fitnah tu membawa aib turun temurun kepada seseorang. Berat nak tanggung dosa fitnah ni.

    ReplyDelete
  6. ISAC- baguslah macam inilah anak,mesti mempertahankan orang tuanya.ini jawapan yang telah diberikan dimana artikal anda mengenai "anak orang melakar nama anak kita ?". satu kewajipan yang berharga daripada anak.

    ReplyDelete
  7. Salam sdr Bumiyang..

    agak pelik juga pendedahan ini kerana dibuat selepas sekian lama 'keluar' dari PKR. Apakah motif sebenarnya?

    Kalau benar, rasanya sdr Ezam sudah menunaikkan tg/jwb sbgi org Islam..walaupun ada kaedah lain yg boleh digunakan selain 'memalukan' sebegitu..

    ReplyDelete
  8. Adakah sekiranya Dr Wan Azizah bersumpah yang Ezam berdusta - akan menyelesaikan masaalah!

    Saya rasa tidak juga.

    Saya sumpah saya tak cakap bohong. Adakah tuanx boleh percaya yg saya tak cakap bohong?

    ReplyDelete
  9. Sudah menjadi adat, anak akan mempertahankqan maruah bapanya, walaupun 'pahit sekali hendak ditelan'.

    ReplyDelete
  10. aku tengok anwar angguk-angguk rukuk kat mayat teo beng hock itu lebih teruk lagi dibandingkan dengan meliwat (jika dia peliwat) kerana ia melibatkan aqidah.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3