bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

2 May 2010

Rundingan Persempadanan Laut Malaysia - Brunei. Siapa Kata Pak Lah "Bodoh"???

Najib yakin rundingan persempadanan laut, darat untungkan Malaysia-Brunei
02/05/2010

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Najibyakinrundinganpersempadananlaut_daratuntungkanMalaysia-Brunei/Article

SIBU: Datuk Seri Najib Razak yakin bahawa rundingan antara Malaysia dan Brunei berkaitan dengan persempadanan laut dan darat akan mencapai satu bentuk penyelesaian yang saling menguntungkan kedua-dua negara.

Perdana Menteri berkata, kedua-dua negara jiran itu sedang berunding perkara berkenaan dalam semua aspek, termasuk peranan dan peluang yang boleh diraih Petroliam Nasional Bhd (Petronas) daripada segi kerja cari gali dan pembangunan serta pelaburan yang boleh dibuat oleh Brunei di Malaysia sebagai satu pakej.

"(Duli Yang Maha Mulia) Sultan Hassanal Bolkiah selalu sebut perkara ini bahawa baginda berkehendakkan penyelesaian yang berasaskan satu formula yang saling menguntungkan," katanya.


Najib berkata demikian selepas menghadiri jamuan tengah hari dan menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 32 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Sarawak di Kem Rascom, Briged Kesembilan Infantri di Jalan Ulu Oya dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, persetujuan pada prinsipnya dicapai pada 2009 dan kini kedua-dua pihak sedang melihat rundingan daripada segi kajian yang dilakukan dalam satu semangat perjanjian yang menguntungkan.

Najib diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menulis dalam laman blognya Khamis lalu, mempersoalkan sebab dua medan cari gali, konsesi blok L dan blok M, yang bukan lagi kepunyaan Malaysia dan berkata kehilangan itu boleh mengakibatkan kerugian kepada Malaysia sekurang-kurangnya AS$100 bilion (RM320 bilion).

Dr Mahathir mendakwa penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kedua-dua blok itu sebagai pertukaran bagi Limbang. Abdullah, yang menandatangani Pertukaran Surat pada Mac 2009, menjelaskan bahawa perjanjian darat dan laut dengan Brunei diluluskan Kabinet Malaysia dan Malaysia akan dibenarkan mengambil bahagian dalam usaha sama pembangunan minyak dan gas atas dasar komersial di kedua-dua kawasan itu bagi tempoh 40 tahun.

Sementara itu, Petronas pula berkata, syarikat minyak nasional itu dipelawa oleh Brunei untuk membangunkan dua kawasan penerokaan luar pesisir tersebut atas dasar persetujuan komersial.

Petronas berkata, syarikat itu sudah menubuhkan satu pasukan dan memulakan rundingan dengan Brunei untuk memperincikan terma bagi pembangunan kedua-dua kawasan itu yang kini dikenali sebagai Blok CA1 dan CA2. - Bernama



Komen Isac;

Kalau dilihatkan kepada segi geografi kawasan tersebut berada di dalam kawasan bertindih. Secara logiknya ia lebih hampir kepada Negera Brunei. Pada kebiasaannya jika berlaku tuntutan "bertindih" sebegini, tiada apa yang boleh dilakukan kerana sebarang eksplorasi minyak/gas hanya akan mengundang ketegangan dengan pihak yang satu lagi.

Apabila ketegangan semakin memuncak selain ianya mungkin boleh mengundang pertembungan fizikal/ketenteraan, penyelesaian di Mahkamah Dunia/The Haque pastinya akan mengambil masa yang lama. Sepanjang tempoh itu pastinya sebarang bentuk eksplorasi akan ditegah sehingga keputusan mahkamah diputuskan.

Perlu diingat selama 52 tahun kita merdeka, Negara Brunei adalah merupakan sebuah negara jiran tetangga yang baik. Tidak pernah sekalipun berlaku pertelingkahan maupun ketegangan dengan negara ini. Selain itu Sabah dan Sarawak juga adalah asalnya milik mereka. Pastinya jika Brunei menentang penubuhan Malaysia pada tahun 1963, Sabah dan Sarawak tidak akan berada di bawah Malaysia pun. Selain itu Brunei merupakan sebahagian daripada gugusan pulau-pulau Melayu dan permusuhan ini hanya akan melemahkan kita. 

Jestru itu adakah wajar untuk kita sengaja membangkitkan isu ini dan mengundang marah mereka?

Dalam keadaan sekarang selain daripada eksplorasi minyak/gas dapat dijalankan hampir serta-merta, kedua-dua negara akan berkongsi kemakmuran di kedua-dua blok tersebut iaitu Blok L & M. Petronas juga akan dapat peluang untuk berkerja sama dengan Brunei dan siapa tahu selepas usaha sama ini, Petronas bakal berpeluang untuk memonopoli eksplorasi minyak/gas di negara Berunei. Kawasan Limbang mungkin akan dapat kekal dalam Malaysia tanpa bantahan Brunei dan ikatan kekeluargaan yang telah terbina sejak beratus-ratus tahun akan semakin kuat dan utuh.

Bukankah ini suatu keputusan "menang-menang? Maksudnya Pak Lah juga telah mengambil satu keputusan yang tepat dan selari dengan kehendak Islam dan budaya Melayu. Selalu menghormati/menjaga jiran tang baik.

Siapa kata Pak Lah "bodoh"? Dalam kes ini penulis sependapat dengan Dato' Seri Najib dan Dato' Nazri bahawa tindakan Pak Lah sememangnya bijak. Umpama, "menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berserak".


16 comments:

  1. Salam 1 Malaysia.

    Saya sangat-sangat setuju Yang Mantan PM Pak Lah tidak bodoh. Malah Beliau amat bijaksana.

    Tetapi saya amat hairan di blog papukari yang macam ada yang tak kena. Macam berat sebelah. Macam Anti Pak Lah dan KJ pula.

    "Betulkanlah Yang Biasa
    dan Biasakanlah Yang Betul".

    Saat Jais
    www.treat-cure.com
    http://saatjais.wordpress.com
    http://saatjais.formor.com

    ReplyDelete
  2. terima kaseh...
    laporan yang terbaik.....

    ReplyDelete
  3. Bijak kepala hangguk kau!

    ReplyDelete
  4. RAMBUT TAK PUTUS,
    TEPUNG TAK BERSERAK,

    NEGARA TAK UNTUNG,
    KHAIRY TAK HABIS GUNA DUIT,

    PAK LAH TAK GUNA....

    ReplyDelete
  5. Anonymous, May 2, 2010 9:08 PM ,

    Orang "yang tak bijak" akan terpaksa menggunakan sumpah-seranah untuk menampakkan diri mereka "hebat"...

    ReplyDelete
  6. Isac, setiap pemimpin ada kebijaksanaan tersendiri, kalau tidak masakan seseorang itu boleh dipilih menjadi Perdana Menteri....

    Yang bodoh sahaja tidak mahu menilai, yang bodoh sahaja yang sentiasa menggangap orang lain bodoh...

    ReplyDelete
  7. salam isaac.

    ulasan yg baik bro ...sy sendiri nampak isu Limbang dan blok L - M ini menguntungkan negara .

    Ia lebih kepada serampang dua mata yg mana kita Limbang pun kita dapat serta minyak /gas di situ dapat digali dlm tempoh 40 tahun .

    Pak lah sbnarnya telah buat keputusan yg terbaik dan kenyataan Najib - Nazri telah membantu Pak Lah dlm isu ini

    Pak Lah bukanlah pengkhianat yg dituduh oleh parpukari ...dia ni sebenarnya bukan tau apa pun , main sedap mulut saja maki hamum orang ..

    ReplyDelete
  8. salam bro...kalau org umno pun benci sesame sendiri,bile parti nak maju...kalau ade org yang x betul,tegur ngan cara baik...jangan la mencaci atau kata yang bukan2...kite bukan PAS nak maki atau kata yang bukan2 tentang org lain...


    anakmelayu30.blogspot.com

    support bro....

    ReplyDelete
  9. Salam YG, PB dan AM,

    Terimakasih atas sokongan...

    Perlu diingat bukan semua blogger pro kerajaan adalah ahli Umno. Penulis sekadar memberikan pendapat, bukan suatu kesalahan. Demi kepentingan rakyaat dan negara sesetengah "orang Umno" perlu berubah!

    Sekiranya mahu terus berpecah belah, Umno tak kan ke mana.....

    ReplyDelete
  10. Salam Tuan Assaad,

    Pakar urut dari negara jiran, Singapura.

    Jika berkelapangan, tuan boleh membuka akaun google, dan likkan dengan blog tuan.

    Mudah untuk pengunjung lain melihat profil tuan.

    Terimakasih kerana mengunjungi blog, "bumiyang".

    ReplyDelete
  11. Pada aku, bila Tun Mahathir timbulkan isu Blok L dan Blok M, ia bukannya untuk di kaitkan dengan Brunei. Tetapi apa yang di persoalkan oleh Tun ialah rasional pak lah menyerahkan blok L dan Blok M kepada Brunei tetapi penyerahan itu tidak seimbang dari segi keuntungan kedua-dua belah pihak. Jelas pada aku, penyerahan Blok-blok itu merugikan kepada Malaysia seperti juga penyerahan secara mudah kedaulatan kita ke atas Batu Putih kepada Singapura walaupun jika menurut hujah seharah kita lebih berhak.

    Begitu juga dengan penyerahan blok-blok ini, serahan sudah termaktub, tetapi limbang belum juga selesai isunya...tarik apa? Rambut apa? Rambut Siapa? Tepung apa? Tepung siapa?

    ReplyDelete
  12. Antara isu yang dibangkitkan ialah kenapa pak Lah tidak sebut langsung mengenai blok L dan M ketika perjanjian dibuat dengan brunei tahun lalu.

    Kita kena ingat, tuntutan pasal limbang dan kedua2 blok ini sudah lama. Dan jika dilihat dari segi potensi berdasarkan undang2 perairan antarabangsa, Brunei sebenarnya lebih layak.

    Malah, sejarah sudah dibukukan bahawa Limbang sebenarnya milik Brunei tetapi ketika Inggeris menjajah Sarawak dulu, imprealis inggeris merampas Limbang dari Brunei secara paksa.

    Sebab itu ramai berpandangan jika Malaysia angkuh nak bawa benda ni ke mahkamah antarabangsa, maka ada kemungkinan besar malaysia bukan sahaja tidak dapat apa2 daripada limpahan sumber minyak di blok L dan M tetapi juga mungkin kehilangan Limbang sekaligus.

    Dalam hal ini jelas Brunei masih berpegang kepada semangat kejiranan dan setiakawan walaupun mempunyai advantage yang cukup untuk memiliki sumber minyak di kedua2 blok.

    Kita boleh ambil risiko berebtu dengan brunei untuk blok M dan L tu kerana hasil minyak. Kita mungkin menang dan mungkin kalah. minyak tu pula lama kelamaan akan habis juga. Tapi adakah kita sanggup ambil risiko untuk turut berebut Limbang yang memungkinkan kita terpaksa menyerahkannya kepada Brunei yang secara teknikalnya lebih layak?

    fikir-fikirkanlah...

    - kilik gonzalez

    ReplyDelete
  13. bro kawe pinjam artikel demo utk disebar...tq

    ReplyDelete
  14. Salam 1Malaysia ISAC,

    Kalau boleh semua pihak janganlah terlalu sangat menimbulkan isu yang berkaitan antara Brunei dengan Malaysia.

    Sedikit pembetulan bro, sebenarnya Sabah bukanlah antara wilayah Kesultanan Brunei tetapi Sabah adalah sebahgian wilayah bekas jajahan Kesultanan Sulu yang melangkaui sehingga sampai ke wilayah Mindanou Selatan Filipina iaitu tapak asal kaum Bajau di Sabah dan Melanau di Sarawak.

    Wilayah pentadbiran Kesultanan Brunei di Borneo hanyalah Sarawak manakala Kalimantan adalah wilayah jajahan Kesultanan Melayu Sambas yang mempunyai pertalian darah dengan Sultan Brunei ketika ini Duli Yang Teramat Mulia Sultan Haji Hasanal Bolkiah.

    Banyak perkara yang sensitif berlaku diantara Sarawak dengan Brunei memang sengaja tidak dicatat sebagai sejarah demi untuk menghormati semua kaum yang kini telah diterima sebagai rakyat Bumi Kenyalang..banyak sebenarnya peristiwa luka dan pahit yang pernah terjadi kami tidak mahu ia akan berulang lagi dan biarlah ianya lenyap tanpa perlu dicatit sebagai bahan sejarah, oleh itu jika perkara seperti isu Block L dan Block M cuba ditimbulkan semula apakah ada orang tidak memikir akan ada pihak yang pasti terguris hati mereka.

    Brunei berhak keatas hak mereka begitu juga Malaysia. Brunei boleh menuntut Limbang tetapi malangnya negara tersebut gagal menebus Limbang serta wilayahnya yang telah digadai kepada Rajah Brooke ketika peristiwa berdarah zaman lampau dari kerajaan Britain terlebih dulu...itulah serba-sedikit yang mahu dijelaskan...

    ReplyDelete
  15. Terimakasih diatas pembetulan fakta, saudara Hilbert.

    Kepada Tuan Panglima Cyber, silakan dengan besar hati.

    ReplyDelete
  16. Bro Hilbert, memang betul apa anda nyatakn di-atas tapi wilayah tersebut memang di bawah kekuasaan keagungan Brunei pada ketika dahulu. sebab itu-lah nama pada kepuluan 'Borneo' berasal dari perkataan 'Brunei'. Terima Kasih.

    @Isac: Nice article and thanks for giving clear opinion.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3