bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

16 May 2010

PRK Sibu, Ramalan Zentrum: BN 50.6, Pakatan 49 peratus - Sekadar Menebus "Dosa" Di Hulu Selangor???


Zentrum: BN 50.6, Pakatan 49 peratus

LAPORAN LANGSUNG
Zentrum Future Studies - NGO yang mengkaji mikro persepsi kepercayaan politik di Sibu - melibat penguasaan antara pihak yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

2.30 petang: BN kembali di depan dengan 50.6 peratus undi berbanding Pakatan Rakyat 49 peratus. Manakala calon bebas pula hanya mendapat 0.4 peratus sokongan.

12.30 tengah hari: Sokongan untuk BN dan Pakatan kini seimbang, masing-masing dilihat berpeluang meraih kemenangan di Sibu.

Menurut kajian itu, BN mendapat 49.8 peratus sokongan, Pakatan 49.2 peratus dan bebas 1. peratus.

11.30 pagi: BN mendahului dengan 53.4 peratus, Pakatan 46.2 peratus dan bebas sebanyak 0.4 peratus.



Komen Isac;


Di Hulu Selangor, ramalan mereka bahawa BN bakal kecundang ternyata meleset. Adakah ramalan tersebut dibuat secara ikhlas ataupun "ada udang di sebalik batu" hanya mereka yang mengetahuinya.

Yang jelas apabila BN memenangi PRK di Batang Ai dan Bagan Pinang, Dr. Abu (Zentrum) ada mengulas di Awani bahawa masyarakat di kedua-dua kawasan tersebut tidak begitu terdedah kepada internet dan media baru.

Apa yang beliau cuba sampaikan, sekali lagi hanya beliau yang tahu. Walaupun penulis merupakan "part time blogger", bagi penulis rakyaat yang terdedah dengan media baru juga perlu bijak menggunakan akal mereka samada mahu menerima atau menolak sesuatu berita yang dibaca di media baru, kerana sejak kebelakangan ini telah terbukti, bahawa sesetengah media baru yang begitu di agong-agongkan suatu masa dahulu, juga tidak terlepas daripada menjadi alat propaganda pihak-pihak yang tidak bertanggung-jawab....


No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3