bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

2 May 2010

Jika APCO Menaikkan Imej Negara, GMC Pula Mensabotajnya...

Kerajaan Kelantan didesak dedah peranan sebenar GMC

2010/05/01

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan didesak mendedahkan kepada umum peranan sebenar Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd yang dipercayai mempunyai kaitan dengan dakwaan penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang beliau menerima peruntukan lebih RM4 juta untuk memburukkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi selain memastikan Pas terus berkuasa di Kelantan.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad, berkata pendedahan itu perlu kerana rakyat perlu mengetahui dari mana sumber untuk menggerakkan syarikat tersebut.

"GMC pernah diterajui isteri Syed Azidi sendiri dan beberapa pemimpin Pas Kelantan. GMC ini ditubuhkan pada Julai 2007 dan syarikat ini berakhir pada hujung 2008 dan ia mempunyai kaitan dengan apa yang didakwa (penulis blog) Kickdefella (Syed Azidi) mengenai dia diberi peruntukan sebanyak itu.

"Kerajaan negeri perlu mendedahkan apa peranan sebenar GMC ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beberapa hari lalu, Syed Azidi membuat pendedahan dalam laman blognya yang mendakwa dalam tempoh tiga tahun itu beliau telah membelanjakan lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuk pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operatif, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu operasi gerak saraf.

Operasi tersebut dipercayai dilakukan Syed Azidi melalui GMC yang diterajui beberapa pemimpin Pas.

Sementara itu, Wan Khairul Ihsan, turut meminta kerajaan negeri mendedahkan senarai penerima konsesi balak di Kelantan seperti pernah dilakukan kerajaan pusat mengenai isu Permit Import (AP) sebelum ini.
"Jika kerajaan Kelantan mendakwa mereka telus, dedahkanlah senarai nama penerima konsesi balak ini," katanya.

Wan Khairul Ihsan juga berkata, beliau bersedia menyahut cabaran untuk mendedahkan lebih banyak kepincangan gabungan parti pembangkang selepas ini kerana sedih difitnah mempunyai tujuan tertentu menyertai Umno.

"Saya tidak ada kepentingan pun menyertai Umno dan tindakan saya itu kerana tidak sanggup melihat rakyat diperbodohkan gabungan pakatan pembangkang ini," katanya. - Bernama



Komen Isac;

Jadi siapakah musuh sebenar negara? APCO atau GMC? GMC ataupun "tok-tok lebai" yang menjadi "tangan-tangan ghaib" mengarahkan GMC untuk menyerang dan mensabotaj imej negara di mata dunia?


1 comment:

  1. GMC adalah rekaan semata mata, kalau APCO dah ada bukti, jika bukti dah ada mengapa tak di ambil tindakan? jika dah salah jangan lah pulak nak cari kesalahan orang lain, Jalankan Undang Undang Negara, jangan pilih bulu, siapa salah mesti di ambil tindakan, siapa pun dia, baru lah Rakyat puas hati, jangan lempar batu sembunyi tangan.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3