Sekitar foto-foto majlis ceramah Oleh YB Senator Ezam Mohd. Nor di majlis anjuran Pemuda Umno Sekijang, Segamat Pada 9/5/2010, Malam Ahad lepas;
Komen Isac;
Disebalik berbagai-bagai cabaran dan halangan yang dihadapi seperti banner disabotaj dan dibuang oleh pihak yang tidak bertanggung-jawab, bendera dan poster diturunkan oleh pihak majlis, hujan sebelum waktu ceramah dan lain-lain lagi, Pemuda Umno Sekijang di bawah pimpinan Saudara Anuar Bin Haji Abd Manap tabah menghadapinya. Bukannya mudah untuk menjemput seorang pemimpin muda terkenal seperti YB Senator Ezam Bin Mohd Nor untuk datang memberikan ceramah di kawasan yang jauh, terpencil dan tak "glamour" seperti Segamat, tambahan pula Bahagian Sekijang bukanlah satu kawasan yang popular.
Walaupun berbagai cabaran yang dihadapi, bilangan pengunjung yang hadir telah mencecah angka 700 orang malah mungkin lebih, ianya adalah sesuatu yang membanggakan. Adakah ini petanda Umno telah mula mendapat kembali sokongan orang-orang Melayu? Memandangkan kawasan ceramah yang agak besar (padang) dan pengunjung-pengunjung duduk berselerak di luar khemah-khemah yang disediakan sehingga ada yang "bertenggek" di atas motor masing-masing jauh di seberang jalan, agak sukar buat penulis merakam foto untuk menggambarkan kehadiran sebenar pengunjung-pengunjung pada malam itu, tambahan pula penulis hanya menggunakan camera H/P.
Apapun sekalung tahniah buat semua mereka yang terlibat di dalam menganjurkan ceramah tersebut terutamanya kepada AJK Pemuda Umno Sekijang. Buat tatapan pembaca berikut adalah senarai nama AJK-AJK Pemuda Umno Sekijang (rujukkan, http://www.pemudaumnosekijang.blogspot.com/):
Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Sekijang 2008 – 2011
Pengerusi Tetap: HAJI SAMSI BIN UJIR
Timb. Peng Tetap: AB HALIM BIN AB WAHAB
Ketua Pemuda: ANUAR BIN HAJI ABD MANAP (Pengerusi Biro Politik)
Naib Ketua: JAMALUDIN BIN HAJI RASIP
Setiausaha: ARMIZAM BIN ABD RAHIM (Lantikan)
Bendahari: HAJI MD NOR SAIDIL BIN HAJI IBRAHIM (Lantikan)
Ketua Penerangan: HAMZAH BIN ABU BAKAR (Lantikan)
Ahli – Ahli Jawatankuasa
1. NOOR AZAM BIN HAJI ISMAIL (Pengerusi Biro Pengaduan Awam)
2. SURATMAN BIN ARIS (Pengerusi Biro Latihan Pemuda)
3. KHAIRI BIN AHMAD (Pengerusi Biro Putera UMNO)
4. MOHD REDZUAN BIN YUNOS (Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih)
5. HAJI MD SALLEHEEN BIN MOHAMED (Pengerusi Biro Ekonomi)
6. AHMAD SHAMSUL BIN TUMIJAN (Pengerusi Biro Pendidikan)
7. MOHD JEFRI BIN TUSIMAN (Pengerusi Biro Belia dan Sukan)
8. SALLEHUDIN BIN MASRI (Pengerusi Biro Sosial dan Kemasyarakatan)
9. MOHD AMIN BIN MUKRI (Pengerusi Biro Bencana Alam)
10. MOHD NOROR BIN ARIF (Pengerusi Biro Agama) (Lantikan)
11. SABRI BIN AHMAD
12. HAMZAH BIN ABU BAKAR
13. M ZAKI BIN ZAKARIA
14. AZMI BIN MOKHTAR
15. AMIR BIN SURIP
16. ASMAN BIN BIRU
17. MOHD FARED BIN MOHD SAID (Lantikan)
Syukurlah orang Melayu kian sedar dan bertambah prihatin... teruskan usaha... saya teringat semasa saya menetap di Segamat.. walaupun Sekijang penulis mengatakan terpencil..tapi penduduknya mengamalkan sifat silaturrahim sesama jiran.
ReplyDeleteSalam SB,
ReplyDeleteOrang kampung memanglah baik pekertinya...Nak banding dengan Kee El memanglah terpencil...