bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

4 May 2010

Kes Liwat DSAI , Tusukkan Berlaku - Inikah Kebenaran Yang Cuba Dipendamkan???


Liwat II: Air mani wujud pada calitan kapas
http://www.malaysiakini.com/news/130930
Hafiz Yatim
Mei 4, 10
3:23pm

Peguamcara II , Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwa dalam kes liwat ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Persekutuan hari ini bahawa empat calitan kapas yang diambil menunjukkan wujudnya air mani.

azlanSambil merujuk buku 'Forensic Medicine for Lawyers' dalam satu topik mengenai kesalahan homoseksual, Yusof berkata penemuan spermatozoa pada calitan kapas yang diambil dari kawasan lurah dubur ataupun mucosa dubur membuktikan tindakan liwat berlaku.

Katanya lagi, kehadiran bahan pelinciran dan spesimen DNA dua lelaki dijumpai pada tiga daripada empat calitan kapas di dubur memperkuatkan lagi hujahnya bahawa kemasukkan memang berlaku.

"Ini yang apa pendakwaan cuba buktikan, kita akan panggil doktor bagi menjelaskan berhubung calitan kapas itu,” kata Yusof.

Peguam pembela Karpal Singh sebelum itu berhujah bahawa tiga doktor dari Hospiotal Kuala Lumpur berkata tiada penemuan klinikal yang konklusif bagi membuktikan bahawa berlaku tembusan di dubur atau rectum.

Selain itu, kata Karpal, tiada tanda-tanda mempertahankan diri terdapat di tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan,.

anwar ibrahim saiful bukhari hospital kl report 180609"Jika tidak ada kemasukkan, maka bagaimana ia boleh menjadi satu jenayah?” soal Karpal.

"Kehadiran sperma mencadangkan bahawa bukti berkenaan dirancang. Secara logik, doktor berkata tiada kemasukan.

"Jika ini benar, bagaimana sperma boleh wujud?” soal Karpal lagi.

Selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak, panel tiga anggota Mahkamah Persekutuan itu sebulat suara memutuskan pertuduhan liwat terhadap Anwar kekal dan menolak rayuan terakhirnya itu.

Panel yang dianggotai oleh Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria, hakim James Foong dan hakim Mahkamah rayuan, Suriyadi Halim Omar memutuskan perbicaraan penuh perlu diteruskan meskipun mendapat bantahan daripada pihak pembelaan.
NONEAnwar diwakili oleh peguam Karpal Singh, manakala Peguamcara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden mengetuai pihak pendakwa.

Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu, perbicaraan akan diteruskan pada Isnin ini dengan soal balas ke atas Mohd Saiful.

Anwar, 62, didakwa melakukan kesalahan itu di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008.

Komen Isac;

Terus ikuti perbicaraan kes ini untuk mengetahui perkembangannya. Yang pasti salah seorang telah bercakap bohong!!! Samada dia adalah Saiful ataupn DSAI, sama-samalah kita nantikan.

1 comment:

  1. salam,

    kes ni agak susah bila dah masuk hari keputusan mahkamah.. samada anwar dipenjarakan atau dilepas daripada pertuduhan. Sebenarnya pemerintah berada dalam dilema, jika anwar disabit kesalahan itu boleh membawa kepada 20 tahun penjara..

    Maknanya akan ada protes besar2an terutama daripada rakan pakatan dan penyokongnya. Mereka pasti akan bermati2an untuk melepaskan anwar drpd hukuman.. pasti!

    Bila ini berlaku pasti akan ada kekecohan sehingga membawa kepada ketidakstabilan negara yang akhirnya membawa campurtangan pihak luar dan juga kebangkitan rakyat. Inilah masanya PR menggunakan kesempatan untuk menumbangkan kerajaan.

    Bro, politics is dirty.. the fact is, nothing in this field we see in straigh foward.... Everything could turn upside down - Yang nak penjarakan anwar supaya BN kena masalah adalah rakan2 pakatan tu sendiri... yang nak melengah-lengahkan dan bagi keraguan dalam kes anwar sampai jadi pending trail tu mungkin sebenarnya BN jugak. :)

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3