bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

20 May 2010

16 September Ternyata Palsu, Kini Pelabur Kembali Ke Malaysia!!!

14 Mei, 2010 19:55 PM
Lembaga Pelaburan Qatar Cadang Labur AS$5 Bilion Di Malaysia
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=498292

PUTRAJAYA, 14 Mei (Bernama) -- Lembaga Pelaburan Qatar (QIA) bercadang melabur AS$5 bilion atau kira-kira RM16 bilion di Malaysia.

Satu memorandum persefahaman (MoU) antara QIA dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah dimeterai pada Jumaat.

Perjanjian MOU itu menyediakan rangka kerja untuk memudahkan kerjasama pelaburan antara kedua-dua entiti untuk meninjau, menilai dan melaksanakan peluang-peluang pelaburan di Malaysia.

"Ia termasuklah pelaburan dalam sektor tenaga dan pembangunan hartanah yang strategik di Lembah Klang," kata QIA dan kenyataan bersama di sini.

Majlis memeterai perjanjian itu diadakan di pejabat Perdana Menteri di sini dengan disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatan dari Qatar, Sheikh Hamad Jassim.

Kenyataan itu juga berkata yang Jawatankuasa Bersama akan dibentuk antara QIA dan 1MDB, untuk menilai aspek daya maju dan aspek-aspek komersil peluang pelbagai pelaburan yang lain, akan dipertimbangkan.

Ditubuhkan pada 2005, QIA dipertanggungjawabkan untuk mengukuhkan ekonomi negara. Portfolio pelaburan strategik jangka panjangnya yang kian berkembang, membantu melengkapkan kekayaan negara itu dalam sumber-sumber asli.

Sementara itu, 1MDB ialah syarikat pembangunan strategik yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan.

Ia memacu inisiatif strategik untuk pembangunan mampan jangka panjang dengan menjalinkan kerjasama dan meningkatkan aliran masuk pelaburan asing langsung (FDI).

-- BERNAMA


Western Digital labur AS$1.2 bilion di Malaysia






Lagi Pelaburan Masuk!!!
2010/05/19
Projek kemudahan R&D siap 2011 tawar 10,000 pekerjaan
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/WesternDigitallaburAS_1_2biliondiMalaysia/Article

PUTRAJAYA: Western Digital (WD) Corporation bersetuju meluaskan lagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) pengeluarannya di Malaysia, membabitkan pelaburan bernilai AS$1.2 bilion. Pengumuman itu dibuat dalam pertemuan antara Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Western Digital, Datuk Jhon F Coyne (kanan) dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pejabat Perdana Menteri di sini, semalam. Keputusan Western Digital menjayakan projek di sini dibuat susulan perbincangan dengan Perdana Menteri ketika lawatan kerja Najib ke Washington, bulan lalu.

Pelaburan baru itu membabitkan pembinaan kemudahan baru seluas 1.5 juta kaki persegi untuk R&D kepala magnetik dan komponen media serta pemacu cakera keras. Pembinaan itu dijadual siap menjelang suku ketiga 2011 dan beroperasi pada kapasiti penuh dalam tempoh lima tahun berikutnya.

“Sebanyak 10,000 peluang pekerjaan tambahan akan diwujudkan, yang sebahagian besarnya pekerja berkemahiran tinggi, 100 lulusan PhD, 1,000 lulusan ijazah, 3,000 lulusan diploma dan sijil,” kata kenyataan itu.

Ini selari dengan matlamat Model Ekonomi Baru (MEB) bagi mewujudkan pekerjaan bergaji tinggi.


Komen Isac;

Itulah yang berlaku! Penipuan "16 September" selain telah menyebabkan suasana politik negara menjadi tidak stabil ianya juga menyebabkan pelabur-pelabur asing telah menjauhi negara.....

Siapa yang rugi? Kita dan anak cucu kita.... 

2 comments:

  1. Salam Isac, siapakah yang merencanakan segala kerugian ini ? kalau bukan pengkhianat bangsa dan negara macam Anwar..........

    ReplyDelete
  2. Anwar cakap kosong lagi. Seperti kosongnya 16 September yang diperkatanya.

    Denial syndrome

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3