SPRM: Keterangan Bala diambil di London Julai ini
Mei 21, 10 5:34pm
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia untuk mengambil keterangan penyiasat persendirian P Balasubramaniam berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Jurucakap Bahagian Komunikasi Korporat SPRM, berkata perkara itu dijangka dibuat di London pada Julai ini seperti yang disyaratkan Balasubramaniam.
"SPRM akan menghubungi peguam beliau untuk perbincangan lanjut mengenai perkara itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas lanjut kenyataan akhbar, SPRM hari ini yang berkata, suruhanjaya itu menyambut baik kesediaan Balasubramaniam untuk dirakamkan percakapannya berhubung kes itu.
SPRM mengulas kenyataan yang dibuat peguam Balasubramaniam, Manjeet Singh Dhillon dan Americk Sidhu menerusi portal berita Malaysiakini bahawa penyiasat persendirian itu sedang menunggu SPRM untuk diambil keterangan.
Peguamnya juga dilapor berkata, Balasubramaniam belum menerima surat rasmi daripada SPRM sekali pun pada 19 April lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Datuk Mohd Shukri Abdull menyatakan kesediaan untuk bertemu penyiasat persendirian itu di mana saja yang dirasakan sesuai.

Sebelum ini, usaha SPRM untuk mengambil keterangan Balasubramaniam menemui jalan buntu kerana tidak mengetahui lokasi penyiasat persendirian itu berada selepas menghilangkan diri bersama keluarga pada Julai 2008.
Balasubramaniam sebelum itu mencetuskan kontroversi apabila mengumumkan akuan bersumpah berkenaan pembunuhan Altantuya tetapi menarik balik pernyataan itu menerusi akuan bersumpah kedua pada keesokannya.

- Bernama
Komen Isac;
Jika tidak mempunyai "penaja" bagaimana bekas anggota polis dan penyiasat persendirian ini mampu untuk menghilangkan diri begitu lama dan tiba-tiba pula mahu muncul di London?
Kalau tanya Parpu Kari , mesti nama Kalimullah dan RPK naik ni....
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.