bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

5 May 2010

Kickdefella - Siapa "Penaja" Barunya???

PAS nafi bayar Kickdefella RM4 juta
Abdul Rahim Sabri
Mei 4, 10 1:02pm

PAS hari ini menjelaskan bahawa pucuk pimpinan parti itu langsung tidak tahu-menahu mengenai kewujudan Global Media Channel Sdn Bhd (GMC) iaitu pusat penyebaran propaganda bagi parti itu di Kelantan.

Selain itu Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali turut menafikan bahawa parti itu pernah menyalurkan peruntukan sebanyak RM4 juta kepada Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella bagi tujuan mewujudkan persepsi buruk terhadap bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan PAS kekal memerintah di Kelantan.

"Saya telah semak dengan PAS Kelantan dan PAS Malaysia, kita tidak pernah keluarkan RM4 juta,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Syed Azidi, sebelum ini mendakwa dia dibayar RM4 juta bagi tujuan melemahkan Tun Abdullah Ahmad Badawi sewaktu menjadi perdana menteri.

Menurut Mustafa, beliau sendiri yang telah membuat pemeriksaan sama ada di peringkat pusat atau negeri dan didapati penyaluran peruntukan itu tidak pernah berlaku.

Selepas dipecat daripada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) November tahun lalu - Syed Azidi menjadi tumpuan kerana kerap mendedahkan pelbagai dakwaan 'kepincangan' dalam kerajaan pimpinan PAS itu.

Bukan agenda parti
Menurut Mustafa lagi, beliau "tidak tahu menahu" mengenai dakwaan sejumlah wang tersebut digunakan untuk menjatuhkan Abdullah.

"Kita menentang dasar parti (lawan) dan matlamat (parti mereka) sebab ia bercanggah dengan dasar perjuangan PAS. "Pak Lah turun, dan (Datuk Seri) Najib naik, semacam juga... kita tidak hadap (serangan) kepada (tubuh) orang," katanya sambil mendakwa Abdullah 'dijatuhkan' oleh pemimpin di dalam Umno sendiri.

Bagaimanapun beliau mengakui adalah menjadi agenda parti politik sama ada Pakatan Rakyat dan BN untuk menjatuhkan parti lawan mereka masing-masing. "Pakatan Rakyat hendak menjatuhkan Umno, dan BN memang nak menjatuhkan kerajaan negeri (Pakatan). Ia memang menjadi agenda politik masing-masing.

"Menjatuhkan seseorang, tidak, (sebaliknya) menjatuhkan kerajaan, ya," katanya.

Serah kepada SPRM
Sehubungan itu, katanya, PAS akan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk menyiasat dakwaan tersebut. “Kami serahkan kepada SPRM menyiasat sehingga akar umbi. SPRM lah siasat, PAS tak perlu buat apa-apa,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat ini, PAS tidak dihubungi SPRM berhubung pendedahan Syed Azidi.

Dalam sidang media itu juga, Mustafa berkata beliau mengikuti perkembangan pendedahan Syed Azidi (kiri) di akhbar dan mempersoalkan motif penulis blog itu, yang dibuatnya selepas dipecat dari PMBK.

Katanya, secara peribadi beliau tidak mengenali secara dekat penulis tersebut dan menyifatkannya "seorang lelaki yang tidak ada integriti dan tentera upahan politik". Mengulas mengenai GMC, Mustafa berkata beliau tidak tahu menahu mengenainya dan hanya mengetahui selepas didedah melalui akhbar.

Tambahnya, pemimpin tertinggi PAS termasuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mengetahui kewujudan pusat tersebut. "Kalau saya tidak tahu, mereka lagi tak tahu," katanya.

Komen Isac;

Sudah menjadi adat dunia, aktiviti-aktiviti yang menyalahi etika dan subbersif pastinya akan dinafikan keterlibatan oleh sesuatu pihak walaupun pihak tersebut memperoleh "keuntungan" daripada kegiatan pihak "kiri" tersebut.

Kalau mengikut Kickdefella beliau telah ditaja RM 4 Juta sepanjang tempoh 2-3 tahun usahanya menyerang imej Pak Lah/Kerajaan BN. Penulis tertanya-tanya adakah pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Kickdefella adalah  kerana dendam peribadi disebabkan telah dipecat oleh menantu TG Nik Aziz ataupun kerana "penaja barunya" yang mengarahkan beliau berbuat demikian?

Soalannya, jika ada "penaja" yang baru, siapakah mereka???

3 comments:

  1. ADA POSTING MENARIK DI BLOG http://msomelayu.blogspot.com/
    MESTI BACA ! CERITA TENTANG BERUK PELIHARAAN TERLEPAS DI KELANTAN ! BERUK INI MENGACAU, MENGAMUK DAN MENJERIT-JERIT. YANG MENARIKNYA BERUK INI PANDAI BERCERITA. ISI CERITANYA HEBAT-HEBAT BELAKA. SEMENTARA ITU, SI TUAN BERUK PULA BUAT TAK TAHU - BERDIAM DIRI DAN TAK MAHU AMBIL PEDULI TERHADAP BERUKNYA YANG SUDAH TERLEPAS TADI! TAK SENONOH TUAN BERUK INI ! DIBIARKAN SAHAJA ANAK BUAH DAN ANAK DIDIKNYA BERSAORANGAN !

    ITU CERITA KISAH BERUK DAN TUAN BERUK ! BAGAIMANA PULA TENTANG CERITA-CERITA YANG TERHAMBUR KELUAR DARIPADA MULUT BERUK TADI? HAL INI NAMPAKNYA TIDAK DISENTUH OLEH BLOGGER BERKENAAN ! SEMACAM ADA USAHA UNTUK MENGALIHKAN PERHATIAN DAN MENYEMBUNYIKAN SESUATU !

    RAKYAT BERHAK NAK TAHU APAKAH CERITA BERUK TERSEBUT BETUL ATAU TIDAK? IA PENTING KERANA BERUK INI TELAH MEMBUAT BERBAGAI DAKWAAN! TOK-TOK BERUK (MEREKA YANG KEDUDUKAN LEBIH TINGGI DARIPADA TUAN BERUK) KENA BUAT SESUATU! SIASAT DAN BERI PENJELASAN ! RAKYAT KELANTAN TERUTAMANYA NAK TAHU !

    ReplyDelete
  2. OH....KISAH BERUK RUPANYA....MEMANG BETUL..SEBAB TUAN DIA PUN DARI PARTI BERUK....wakakakaka

    ReplyDelete
  3. beruk ni dah tak ada tuan.. kamu jadilah tuan baru kepada beruk ni... aku pon taknak..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3