Henti salahkan orang lain - Soo Nee
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0524&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htmALOR SETAR 23 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim, Lim Soo Nee meminta pemimpin pakatan pembangkang berhenti menuding jari menyalahkan pihak lain dalam isu lompat parti yang berlaku dalam parti pembangkang.

"Mengapa tidak duduk berbincang untuk menyelesaikan masalah. Jangan hanya duduk saja dan menyalahkan sana sini. Kalau masalah ini berlaku kerana kesalahan sendiri, kita mesti lakukan perubahan," katanya ketika berucap pada majlis penerangan isu keluar parti di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, di sini malam tadi.
Komen Isac;
Mmm...mengapa walaupun mengucapkan "ikrar taat setia" tetapi dalam masa yang sama secara teranga-terangan mengkritik pucuk pimpinan parti?
Lim juga mengatakan isu Kerajaan Negeri Kedah bakal tumbang sebenarnya adalah ankara mainan politik "orang dalam". Wah hebat betul PKR ni berpolitik sehingga "kawan sendiri"pun mereka mahu cantas sekali...
Inilah kononnya parti yang menegakkan keadilan!!! Inilah parti yang kononnya adil!!! Yang kononnya memperjuangkan hak rakyaat!!! "Kawan sendiri" pun nak "dicantas"!!! Apalah lagi rakyaat???
Semoga rakyaat dapat melihat dengan jelas siapakah PKR yang sebenarnya...Kepada YB Lim, janganlah malu-malu, apa yang nak ditunggu lagi???
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.