Abdul Rahim Sabri & Puteri Aida Haryani
Mei 10, 10
3:04pm
Mei 10, 10
3:04pm
Ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali mencadangkan supaya kekebalan ahli parlimen dibatalkan ketika berucap di Dewan Rakyat supaya setiap wakil rakyat lebih bertanggungjawab dalam membuat sebarang tuduhan terhadap pihak lain.
Beliau yang juga pengerusi NGO Melayu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) membuat gesaan tersebut setelah dituduh oleh ahli parlimen pembangkang Saifuddin Nasution (Machang) sebagai memiliki saham dalam syarikat judi.
Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR dikatakan membuat dakwaan itu ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat akhir Mac lalu.
Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR dikatakan membuat dakwaan itu ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat akhir Mac lalu.
"Oleh kerana isu itu membabitkan maruah dan keaiban seseorang, sebab itu saya cadang di parlimen supaya buat reformasi, bahawa dalam parlimen tidak ada imuniti, sekurang-kurangnya sesama ahli parlimen.
"Tak boleh parlimen ini ada imuniti secara total... Parlimen perlu mengubah udang-undang di mana kekebalan (ahli) parlimen perlu dikaji balik.
"Boleh ada kekebalan, paling tidak, tidak ada imuniti sesama ahli parlimen. (Contohnya) orang tuduh saya, saya boleh saman (balik di mahkamah)," katanya dalam sidang media di ibu negara petang ini mengenai kongres ekonomi bumiputera dalam Model Ekonomi Baru (MEB) di PWTC pada 29 Mei ini.

Komen Isac;
Bermacam-macam tuduhan pernah dibuat di dalam Dewan Rakyaat tetapi ianya tidak berani untuk diulang di luar dewan, bukankah ini bermaksud semua itu hanya fitnah?
Karpal Singh sendiri pernah mendakwa DSAI terlibat dalam aktiviti-aktiviti "meliwat" dan dakwaan tersebut pernah beliau buat dalam Dewan Parlimen pada tahun 1997, mengapa pula sekarang beliau bermati-matian membela DSAI di mahkamah?
Seperti yang disarankan oleh beberapa pengunjung blog ini, penulis juga merasakan adalah wajar untuk Karpal dipanggil ke kandang saksi agar peguambela dapat menyoalnya sejauh mana maklumat yang beliau miliki berkenaan aktiviti liwat DSAI seperti yang telah beliau dakwa di Dewan Parlimen pada tahun 1997.
Banyak lagi dakwaan-dakwaan yang telah dikemukakan oleh pembangkang di dalam dewan rakyaat (Parlimen) tetapi sehingga ke hari ini tiada bukti yang telah dikemukakan untuk menyokong dakwaan-dakwaan tersebut.
Adakah ini bermaksud pihak pembangkang memang suka membuat fitnah???
Adakah ini bermaksud pihak pembangkang memang suka membuat fitnah???
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.