bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

13 May 2010

Pas Buat Laporan Polis -Masjid di Selangor Pentas Politik BN, Realiti Atau Untuk Populariti???


Isu masjid: Penulis blog heret BN ke JAIS
Jimadie Shah Othman
http://www.malaysiakini.com/news/131629
Mei 12 2010, 5:31pm

PAS dilihat benar-benar mahu memulangkan 'paku buah keras' kepada BN apabila terus mengasak lawan politiknya berhubung dakwaan penyalahgunaan masjid untuk tujuan politik dengan memanjangkan kes tersebut kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Cukup seminggu setelah BN dibidas oleh ahli parlimen PAS Khalid Samad, esok seorang penulis blog PAS akan tampil mengadu perkara itu secara rasmi kepada JAIS.

Abdul Rahman Talib atau lebih dikenali sebagai Tulang Besi akan tampil membuat laporan tersebut di pejabat JAIS di Shah Alam kira-kira jam 2 petang esok.

"Saya merasakan, JAIS ni sudah melampau. Dan nampak sangat perangai Pro-Umno mereka," katanya. Pada 6 Mei lalu, Khalid mendakwa semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April, BN menganjurkan majlis bacaan Yassin dan solat hajat di sebuah masjid, untuk kemenangan calon BN.

Ahli parlimen Shah Alam itu mendakwa majlis tersebut diadakan pada 23 April - dua hari sebelum tarikh pengundian - di masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Abdul Rahman - seorang perunding perniagaan di luar negara - berkata beliau membuat laporan tersebut berdasarkan laporan akhbar berhubung dakwaan Khalid itu.

"Laporan akhbar adalah rekod awam. Dalam mahkamah, laporan akhbar boleh jadi bukti. Setidak-tidaknya, JAIS wajib menyiasat dan memanggil ahli jawatankuasa masjid Ar-Rahimah," katanya ketika ditanya tentang asas aduan mahu dibuatnya.

Beliau juga menafikan berpakat dengan Khalid dalam hal tersebut demi meraih 'populariti politik' untuk kepentingan diri sendiri.

"Saya adalah pembayar cukai dalam negeri Selangor. Bagaimana saya tiada kena mengena (dalam kes ini)?

"Lagi pun, (menjadi) hak saya untuk buat laporan kerana sesiapa sahaja boleh membuat laporan sekiranya berlaku perlanggaran (terhadap) enakmen syariah Selangor?" kata pengusaha blog Malaysia Waves itu.

Abdul Rahman merupakan seorang penulis blog popular PAS ekoran tindakannya yang sering mendedahkan beberapa pergolakan dalam parti Islam itu, terutamanya berhubung isu 'kerajaan perpaduan' PAS dan Umno sebelum ini.


Komen Isac;

Kadang-kadang melihatkan perangai orang politik ni, budak-budak tadikapun boleh ketawa.... :) Terserahlah kepada pembaca-pembaca untuk menilainya sendiri, pastinya bagi penyokong-penyokong tegar Pas tindakkan Tulang Besi adalah tepat, tetapi bagi penulis pula ianya hanya mencari populariti dalam percubaan untuk 'membalas dendam".

Pada pemahaman penulis titah DYMM Sultan Selangor dalam larangan menggunakan masjid-masjid dan surau-surau di negeri Selangor sebagai "pentas politik" adalah larangan penggunaan rumah-rumah Allah itu daripada dijadikan sebagai tempat berpolitik memaki-hamun, fitnah-memfitnah, menyebar tohmahan budaya memecah belah, permusuhan, menceritakan aib lawan dan berbagai aktiviti yang boleh memecah-belahkan umat Islam.

Sebaliknya apa yang dilakukan oleh BN hanyalah menganjurkan bacaan surah Yaasin dan solat hajat. Adakah itupun salah? Adakah anjuran tersebut memecah-belahkan umat Islam? Adakah perkara tersebut dilarang dalam Islam? Adakah perkara tersebut menyanggah titah Baginda Sultan Selangor?

Kadang-kadang dalam keghairan kita untuk mengejar sesuatu, tanpa disedai kita kehilangan akal yang waras.....

4 comments:

  1. Jangan Hanya tahu Mencari kesalahan Pakatan Rakyat, Berapa kena Bayar UBN?

    ReplyDelete
  2. Mana 16 September? Penipu adalah munafik dan peliwat.

    Kalau betul engkau ni telus, siarkan komen aku ni.

    history should be learnt

    ReplyDelete
  3. SRK,

    Ini kenyataannya.....Semoga pintu hati tuan dibuka oleh tuhan, agar dapat melihat perkara yang sebenarnya.

    ReplyDelete
  4. life is not a fairy tale dude, May 14, 2010 3:18 AM ,

    Tuan, menipu memang sifat2 orang Munafik.

    Juga tikam belakang "kawan". Tapi peliwat tu lagi teruk...

    Hukuman mati buat pelaku dan melaku. Jika suka sama suka....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3