bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

3 May 2010

Tahniah Sibu Bakal Mempunyai Sebuah Kolej Universiti - 2012


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunjukkan sekeping nota yang diberikan pelajar sekolah ketika melawat pekan kecil Sungai Merah di sini, hari ini. Hadir sama, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kanan) dan Calon Barisan Nasional, Robert Lau Hui Yew, 45, (tengah). Nota itu tertera, sebuah universiti impian yang menjadi harapan murid sekolah dan penduduk Sibu. Ia adalah lawatan singkat Najib ke bandar Sibu dan kawasan sekitarnya. - Foto Bernama


 
May 2, 2010 3:37 pm
Kolej Laila Taib Di Sibu Jadi Kolej Universiti Menjelang 2012 - PM
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=495077

SIBU, 2 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad secara rasmi mengumumkan kenaikan taraf Kolej Laila Taib (KLT) kepada kolej universiti menjelang 2012.

Perdana Menteri membuat pengumuman itu selepas melawat kolej itu yang ditubuhkan pada 1997 dan kemudian dikenali sebagai United College Sarawak (UCS) di Old Airport Road di sini. Pada awal tahun ini, Yayasan Sarawak mengambil alih pentadbirannya atas pelawaan lembaga pengurusannya.

Ia kemudian dinamakan Kolej Laila Taib sempena Allahyarhamah Datuk Amar Laila Taib, isteri ketua menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai mengenang jasa beliau ke arah pembangunan pendididkan di negeri ini.

Najib berkata beliau begitu lama menjadi penyokong kuat negeri ini. "Bila saya jadi Menteri Pelajaran, saya beri lesen menubuhkan kampus cawangan Curtin University di Miri. Kemudian, saya diminta memberi lesen bagi kampus cawangan Swineburne University di Kuching.

Hari ini saya menerima satu lagi permintaan, iaitu menaik taraf KLT menjadi kolej universiti pada 2012.
Bagi pihak kerajaan persekutuan, saya bersetuju dengan permintaan ini atas dasar merit, kata beliau.

Najib berkata kerajaan telah memenuhi permintaan rakyat Sibu, kini bagi mereka memenuhi permintaannya, merujuk kepada pilihan raya kecil akan datang bagi kerusi Parlimen Sibu. Beliau berkata ada satu aspek inisiatif 1Malaysia yang tidak dibincangkan dengan kerap tetapi sama pentingnya.

"Iaitu untuk membina Malaysia menjadi Negara Abad ke-21 dengan daya saing global. "Kita perlu menyediakan, memupuk dan mengekalkan semua bakat yang dapat kita majukan dalam negara bagi membolehkan kita berbuat demikian," katanya.

Kemudian, semasa melawat projek pembinaan semula SRK St.Mary di sini, Najib mengumumkan geran kerajaan RM1 juta untuk dana pembinaannya. Kerajaan negeri sebelum ini memberikan geran RM600,000.

Sekolah itu dibina pada 1954 merupakan sebuah daripada sekolah rendah mubaligh kayu yang tertua di negeri ini. Projek pembinaan semulanya diusahakan oleh mendiang anggota Parlimen Sibu dan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Robert Lau Hoi Chew yang meninggal dunia pada 9 April.

Terdahulu, Tan Sri Taib dalam ucapannya berkata KLT akan memberi fokus kepada melatih lebih banyak tenaga kerja teknikal dan pengurusan yang diperlukan untuk kejayaan pelaksaan koridor pembangunan wilayah negeri SCORE (Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak).

-- BERNAMA



Komen Isac;

Permintaan bakal terkabul, mudah-mudahan rakyaat Sibu sentiasa akan menyokong Kerajaan Pimpinan Barisan Nasional.

Kepada pengundi-pengundi Sibu jangan berikan sokongan kepada parti-parti yang pro-komunis, yang suka menimbulkan suasana tegang dan hura-hara demi untuk mendapatkan kuasa.

1 comment:

  1. Tak habis2 nak gula-gulakan rakyat!...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3