bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

29 May 2010

Polis "Fobia" Untuk Lepaskan Tembakan???Menyebabkan Suspek Penjenayah Terlepas???

Kumpulan samun berbalas tembak dengan polis

2010/05/28

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kumpulansamunberbalastembakdenganpolis/Article

KUALA LUMPUR: Satu kejadian kejar dan berbalas tembakan berlaku antara polis dan sekumpulan lelaki dipercayai penyamun di antara kawasan Jinjang dan Kepong di sini awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata sebelum itu, sebuah kereta peronda polis yang sedang melakukan rutin rondaan harian pada jam kira 4.15 pagi di satu kawasan di Jinjang, terserempak dengan sebuah kereta Waja yang dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, setelah arahan memberhentikan kenderaan gagal dipatuhi, kereta terbabit memecut laju dan suspek kemudian melepaskan satu das tembakan ke arah polis tetapi tidak mengenai sasaran.

"Polis kemudian membalas dengan melepaskan satu das tembakan ke arah kereta terbabit namun suspek dapat meloloskan diri.

"Kereta itu kemudian ditemui di satu kawasan di Jalan Metro Perdana Barat 3, Kepong," katanya kepada Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

Beliau berkata, kereta terbabit dilaporkan hilang di Puchong dua hari lalu dan polis percaya kumpulan penjenayah itu adalah berbahaya dan terbabit dalam beberapa kes samun bersenjata api di Kepong. - Bernama


Ini pula di Shah Alam,

Suspek curi kereta cuba rempuh polis

28/05/2010 2:55pm
SHAH ALAM 28 Mei – Polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan terhadap seorang suspek mencuri kereta selepas dia cuba merempuh anggota polis di Kampung Jawa di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, kejadian berlaku pukul 12.30 tengah malam ketika anggota polis terbabit cuba menghalang lelaki itu daripada melarikan diri menaiki sebuah kereta Proton Saga yang dipercayai dicuri. – Utusan



Komen Isac;

Penulis percaya beberapa insiden "tembak-menambak" yang berlaku baru-baru ini di mana pihak polis dipersalahkan, telah memberikan kesan kepada emosi dan prestasi pihak polis. Dalam kedua-dua kes di atas mereka dilihat agak keberatan untuk menggunakan senjata api, samada ia baik untuk kesejahteraan rakyaat dan negara secara jangka panjang, hanya masa yang akan menentukan.

Bayangkan jika dalam kes di atas, seorang suspek telah mati ditembak, sementara "rakan subahat"nya pula dijadikan saksi oleh Pakatan Rakyaat, sudah tentulah beliau (rakan subahat suspek)  akan mengatakan kepada pihak media bahawa pihak polis telah menyalah-gunakan kuasa dan mereka (suspek) sebenarnya tidak bersalah.

Itulah rentetan hidup seorang anggota polis sejak akhir-akhir ini, sudahlah nyawa mereka ibarat "telor dihujung tanduk",  tanpa penghargaan setimpal, malah intergriti dan maruah mereka juga "diinjak-injak".

Adakah Pakatan Rakyaat membenci pihak polis sebab ia mewakili "Institusi Melayu"??? Apapun tindakan mereka (Pakatan Rakyaat) di dalam "mempopularkan diri" janganlah sampai isu ini menjadi isu perkauman,  kerana pasukan polis di Malaysia dianggotai oleh majoriti kaum Melayu/Bumiputera...Semua pihak perlu berhati-hati menangani isu ini kerana selain daripada ianya sangat sensitif, ia juga akan memberi kesan kepada prestasi pasukan polis secara menyeluruh, kerana fungsi mereka pastinya pudar tanpa rasa hormat dan kerjasama masyarakat.

3 comments:

  1. inilah bahana apabila institusi kepolisan dipolitikan , tembak salah ..tak tembak salah , yg rugi bangsa sendiri , yg bersorak gembira si penjenayah , yg berhadapan dengan maut polis , yg memukul gendang fitnah polis ialah pembangkang ,
    ingat tak apa 'kaum tu' pangggil anggota polis zaman komunis , mata2 ..anjing kerajaan , dan in yg berlaku sekarang , gendang kebencian telah berbunyi ..

    ReplyDelete
  2. bila polis mati kena langgar lari , bila polis mati kena tembak penjenayah , pembangkang senyap seribu bahasa , terkunci mulut ,
    bila melayu mati kena langgar Yb pembangkang , senyap [disenyapkan] , bila tentera mati kena langgar Yb pembangkang , lagilah senyap [pura2 tdk tahu]
    bila berlaku kes melibatkan kanak2[kes mahkamah] pembangkang riuh mcm langit nak runtuh , segala dalil nas keluar dari mulut PAS , kata memperjuangkan keadilan ? adil ke ?

    ReplyDelete
  3. dalam Malaysia ni apa benda pun semua politik.cakap sikit sudah ada tentangan,tak payah buat kajian dulu.sebab semuanya well train dalam politik.salah satu sukan.orang yang dipertanggong jawab pun mulai bosan atau patah hati.ini semua kerana terlalu londeh.nak tunjuk diri baik orang lain yang menanggong resiko.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3