13 Mei: Azhar dirujuk ke JK Hak dan Kebebasan
Mei 6, 10 1:24pm
http://www.malaysiakini.com/news/131089
Dewan undangan negeri Pulau Pinang kecoh hari ini apabila Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (bawah) memberi amaran bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika rakyat hilang keyakinan dengan pihak berkuasa dan sistem sedia ada.
Mengulas bidasan orang ramai berhubung kematian remaja 14 tahun - Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis, Azhar menyoal sama ada rakyat mahu tentera mengambil alih negara memandangkan polis didakwa tidak lagi berkesan.
Kenyataan itu menyaksikan beberapa ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dan menuntut Azhar menarik semula kenyataannya itu.
Azhar enggan berbuat demikian.
Justeru, usul mengheretnya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung kelakukannya itu diluluskan di DUN hari ini.
Beliau didakwa mengeluarkan kata-kata yang "menghasut supaya memberontak dan menimbulkan niat jahat serta perasaan bermusuh-musuhan antara kaum."
Komen Isac;
Sekadar mengingatkan agar jangan meninjak-injak integriti pasukan polis, Datuk Azhar bakal dikenakan tindakan, inikah kebebasan bersuara yang dikehendaki rakyaat?
Masih ingatkah pada peristiwa kira-kira 7-8 tahun dahulu di mana pihak DBKL telah seolah-olah "memperkecilkan" sumbangan Polis Trafik di dalam menguruskan urusan laluan trafik di ibukota gara-gara pihak DBKL telah mempunyai sistem kawalan trafik bersepadu yang kononnya canggih? Sistem yang bernilai puluhan juta ringgit baru sahaja siap dipasang dan telah di"commission" dengan jayanya.
Tetapi apabila pihak polis trafik bertindak menarik balik semua anggota-anggota mereka daripada memantau lalulintas secara manual di persimpangan-persimpangan lampu isyarat trafik semasa waktu puncak, sekitar ibukota Kuala Lumpur telah menjadi sesak dan akhirnya pada hari yang berikutnya khidmat mereka terpaksa ditagih semula oleh pihak DBKL, sehinggalah sekarang.
Apa yang penulis ingin sampaikan ialah, tak salah untuk menegur dan memantau kidmat pihak polis, tetapi janganlah ianya dilakukan sehingga integriti polis tercabar kerana apabila ini berlaku, siapa yang akan dipertanggung-jawabkan sekiranya nanti negara kacau-bilau dek institusi ini tidak lagi dapat menjalankan tanggung-jawab mereka dengan baik tanpa kerja-sama dan penghormatan rakyaat pada institusi ini.
Adakah masyarakat telah bersedia untuk mempunyai "hari tanpa polis ?"
setujua sangattttt
ReplyDeletedengan komen en isac tuu..