bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

8 May 2010

Kereta Ketua Polis Selangor Dijumpai - Penyamunpun Menghormati Polis, Anda Bagaimana?

Kereta ketua polis S'gor yang dicuri dijumpai
Mei 8, 10 10:46am
http://www.malaysiakini.com/news/131273

Kereta rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang hilang dua hari lalu berjaya dijumpai semula hari ini.
Kereta jenis Perdana V6 berwarna hitam itu ditemui di tepi jalan Prima Damansara pada jam 8.45 pagi oleh anggota polis ketika membuat rondaan di kawasan berkenaan.

Sebuah nota ditinggalkan di atas dashboard kertea yang berbunyi: "Sorry PDRM tesilap sapu."

Kereta itu dan kandungannya, termasuk beberapa topi polis berada dalam keadaan yang sama sebelum dicuri.

Menurut timbalan pengarah, jabatan siasatan jenayah Selangor, Asst Comm Khaw Kok Chin, polis masih menyiasat sama ada sindiket mencuri kereta terbabit dengan kehilangan itu.

Pada 6 Mei lalu, kereta itu dilaporkan hilang dipercayai dicuri ketika diletakkan di tempat letak kereta di Seksyen 9, Shah Alam.

Ketika kejadian, pemandunya yang membawa kereta berkenaan sedang bersarapan di sebuah restoran manakala Khalid pula tiada di tempat kejadian ketika kecurian berlaku kerana berada di Singapura atas urusan kerja.


Komen Isac;

Macam adegan cerita komedi di TV pulak. Apapun pihak polis perlu mempertingkatkan lagi siasatan mereka terhadap sindiket curi kereta untuk industri "kereta potong"/alatan ganti terpakai.

Perkara ini nampak mudah tetapi itulah realiti sindiket ini. Pihak berkuasa yang berkaitan perlulah mengetatkan lagi pemeriksaan terhadap syarikat-syarikat "potong body" kereta, kerana kegiatan ini telah mencapai tahap yang serius. Saban hari syarikat-syarikat ini wujud, "bak cendawan tumbuh selepas hujan". Adakah sebegitu banyak kereta eksiden yang boleh dijual "separuh body" ?

Mungkin pihak berwajib boleh mewajibkan pengusaha syarikat-syarikat "potong body" kereta untuk mempamirkan dokumen-dokumen pembelian peralatan alat-alat ganti yang mereka jual dan dari kenderaan mana ianya diperolehi.

3 comments:

  1. Salam Isac, setuju sangat dengan saranan tuan.... permis-permis menjual peralatan kereta terpakai juga perlu dipantau, inilah sebahagian besar punca-punca berlakunya kecurian kenderaan, kalau tak, mana mereka nak jualkannya.........

    ReplyDelete
  2. ini semua cara nak larikan isu selut tebal kat kepala kpn sel tu.... mana ada pencuri sembahyang dan puasa, nak kopak kereta baca bismillah, sebelum tu berwudu dulu? semua pencuri melakukan kerja mencuri untuk habuan diri. dalam kes ni apakah tak mungkin yang mencuri kereta tu memang disuruh buat gitu? kunci tak kopak, alarm tak bunyi lepastu boleh tinggalkan messege maaf salah ambik!!! memang pencuri baru balik dari umrah... jadi kalau dah jumpa semula tutupla kes. lepastu 'pencuri', pemandu dan tuan sama sama ketawa...!!!!!

    ReplyDelete
  3. ISAC-mungkin ulang tahun hari polis nanti penculik ini akan dianugrah dengan sijil kerana satu pakar,kedua berhemah,ketiga menunjukan kapada umum kerja pemandu ini sambil lewa.tak bertanggong jawab.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3