51 ditahan di pusat urut ‘gay’
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0520&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_04.htm
20/05/2010 2:37am
KUALA LUMPUR 20 Mei - Seramai 51 orang, kesemuanya lelaki, ditahan pihak berkuasa dalam serbuan ke atas dua pusat urut di Taman Miharja, Cheras yang dipercayai menawarkan khidmat seks sejenis, malam tadi.
Mereka yang ditahan terdiri daripada 21 tukang urut, 28 pelanggan serta dua penjaga. Selain tiga tukang urut tempatan, sebahagian lagi merupakan warga asing iaitu China, Thailand, Indonesia, Myanmar, Iran dan India.
Serbuan pukul 9 malam itu merupakan operasi bersepadu polis Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). - Utusan
Komen Isac;
Dah macam manusia yang hidup di zaman Nabi Luth a.s. pulak. Foto di atas, adalah mayat-mayat manusia yang disambar lava gunung berapi, kononnya "manusia" di zaman Nabi Luth a.s. Sekadar untuk renungan....
rujuk artikel : Hebat Nye....Kini Rumah Urut Gay Pun Ada....
ReplyDeletepenerangan gambar foto oleh isac kononnya adalah mayat manusia zaman Nabi Lut adalah salah dan menyimpang sama sekali... gambar foto tersebut diambil dari runtuhan Kota Pompeii (zaman tamadun Rom) yang tenggelam di dalam lava gunung berapi.