bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

21 Jul 2010

Nasruddin Tantawi & Ustaz Azizan Adalah Pemimpin Pas Yang Berjumpa Tan Sri Harussani???

Kalau dahulu Ustaz Nasha di panggil "sampah" oleh TG Nik Aziz gara-gara dikatakan hendak mewujudkan "kerajaan perpaduan" dengan Umno, TG Haji Hadi pula terpaksa diam menikus walaupun berjawatan Presiden Pas kerana mungkin "takut" dimarahi.

Kini dalam sibuk beberapa pemimpin Pas menafikan ada dikalangan mereka yang telah meminta Tan Sri Harussani untuk menjadi orang tengah dalam pertemuan dengan Umno, Ketua Pemuda Pas Nasruddin Tantawi dan MB Kedah Ustaz Azizan memberikan kenyataan sebaliknya.

Malah sebelum ini  Mafuz telah menuduh Tan Sri Harussani sebagai berbohong....dan menafikan sekeras-kerasnya ada pemimpin-pemimpin Pas yang telah berjumpa Harussani untuk tujuan tersebut...

Perkembangan telah menjadi semakin menarik... walaupun penulis selama ini tidak bersetuju dengan Saudara Nasruddin kerana dilihat agak agrasif dan kadang-kadang bersifat militan, dalam isu ini penulis sependapat dengannya, Pas tidak perlu defensif. Klik sini untuk ke blog beliau.

Sementara itu Ustaz Azizan pula bila ditanya pemberita, beliau mengatakan beliau sependapat dengan Saudara Nasruddinn Tantawi bahawa tiada salahnya Pas duduk semeja dengan Umno demi kebaikan rakyaat jelata. Tambah beliau lagi sudah sampai masanya dua parti terbesar Melayu ini bekerja-sama dan melupakan perselisihan yang lalu. "Ini bukan soal keluar Pas, masuk Umno atau sebaliknya, berbincang untuk kebaikan rakyaat adalah suatu yang baik".

Adakah mereka berdua ini yang berjumpa Tan Sri Harussanni??? Bagi penulis itu tidak penting, yang penting adakah lagi pemimpin-pemimpin Pas yang berani menongkah arus untuk menyambut salam perbincangan dengan Umno? Bagaimana dengan Tuan Presiden? Ada beranikah? Bukankah Islam menyeru kepada perpaduan? Kalau nak bermusuh "berbuyutan", sepatah kata orang Jawa, tak payahlah nak buat parti Islam.... Takut-takut kena laknat....

6 comments:

  1. Semoga Allah swt membuka hati pemimpin Pas untuk menerima hakikat bahawa orang Melayu sangat perlu bersatu demi agama, bangsa dan negara.
    Bersatu sesama Melayu bukan bererti berkumpul dalam Umno atau Pas.
    Parti biasa berbeza tetapi matlamat dan perjuangan adalah satu.
    Ikutlah apa yg dilakukan oleh orang Cina. Walaupun mereka berpecah kpd banyak parti tetapi perjuangan mereka tetap satu iaitu merampas pentadbiran negara malaysia daripada orang Melayu.
    Hanya orang Melayu yg bodoh sombong sahaja yg mengatakan orang Melayu tak perlu bersatu.
    Ahli Pas sepatutnya merehatkan pemimpin tua mereka yg mula diserang penyakit nyanyuk dan bercakap macam orang mabuk. Bukan mabuk arak tapi mabuk kuasa dan mabuk dendam.
    se-melayu.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Pemimpin dan penjilat PAS yang menentang Perpaduan ini merupakan golongan munafik yang bertopengkan islam tapi hati yahudi. Memakai pakaian islam tapi hati lebih busuk dari bangkai.

    Isu perpaduan ummah melayu bukan soal masuk UMNO atau PAS, biarlah masing-masing dengan parti masing-masing yang lebih penting bersatu dan berpadu mempertahankan kerajaan Melayu Islam, PAS bergabunglah dalam Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  3. bukan takut ape bro, takut nanti, kena doa pecah perutlah...susah nak diubati...hanya tok tut..tut.. je boleh ubat...dengan syarat, masuk PARTI SESAT tu...

    kalau betul 2 mamat ni pergi, bukan mati pun...tak salah demi umat islam..kot ustaz TAIB & Ustaz Haron yang pergi?? tu tak mustahil...

    agaknya ape yang puak-puak SESAT PAS & PAKATAN cakap kalau 2 tokoh agama ni pergi jumpa sahabat dorang ni mintak jadi orang tengah..mau jadi meroyan macam kucing hilang anak...

    ReplyDelete
  4. SALAM BRO ISAC..

    WAH...HEBAT BLOG BRO SEKARANG..HIT HARIAN DAN TRAFFIK RANK PUN BERKEDUDUKAN BAIK..SYABAS BRO..

    TUAH SEMEMANGNYA MENYOKONG PENUH USAHA PERPADUAN UMNO PAS..SEKURANGNYA JIKA BUKAN PENYATUAN POLITIK DAPAT PENYATUAN SATU SUARA BERKAITAN AGAMA PUN CUKUPLAH..

    ReplyDelete
  5. MCA dan DAP tidak pernahpun membayangkan bentuk kerjasama atau seumpamanya tetapi mereka tetap senada dan seirama dalam soal kebajikan dan masa depan kaum Cina.

    Berbeza dengan PAS dan UMNO, macam anjing dengan kucing.

    Woi..malu lah sikit.

    ReplyDelete
  6. CCZ turut doakan PAS dan UMNO bersatu.. Sebab idola dalam Pas adalah Mat Sabu..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3