Zaid: Jumpa Raja Petra tak salah
Jun 30, 10 7:26pm
Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim membidas ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mempersoalkan pertemuannya dengan Raja Petra di Manchester pada tahun lalu dan menjadikannya isu di Dewan Rakyat hari ini.
Dengan sinis, Zaid berkata sebagai wakil rakyat, Zahrain sepatutnya menimbulkan cadangan yang bernas mengenai dasar negara dan berani mengkritik keputusan kerajaan.
“Itulah tugas dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh seorang Yang Berhormat. Lebih-lebih lagi kalau kita itu, wakil rakyat Bebas yang begitu di gemari oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Kenalah jaga standard supaya orang tak mengatakan kita ini budak suruhan semata mata, dan tidak ada modal bernas untuk diketengahkan dalam Dewan,” kata Zaid dalam blognya.
Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, Zahrain kini sudah semacam menjadi wakil kepada polis perisikan yang membuat pendedahan yang beliau menginap di hotel yang sama dengan Raja Petra.
“Dia kata SPRM kena siasat petemuan ini. Inilah kerja wakil rakyat pro-BN kita hari ini. Tak ada perkara lain nak ditimbulkan. Kalau dia tanya saya, saya akan beritahu lebih dari itu.
“Jumpa Raja Petra tidak salah...Raja Petra dan isterinya, Marina kawan saya. Saya tak tinggalkan kawan semata-mata kawan ada dalam kesusahan. Jadi setiap kali saya ke London, saya jumpa mereka. Tahun lepas saya bawa Petra tengok bolasepak di Old Trattford, dia minat kepada Manchester United. Jadi saya belanjalah dia.
“Itulah sedikit hiburan baginya yang terpaksa meninggalkan tanah air kerana menuntut kebenaran. Perjuagan seperti Petra mungkin YB Bayan Baru kita itu tak mengerti atau faham,” kata Zaid.
Komen Isac:
Sebagai peguam dan bekas menteri yang pernah bertanggung-jawab ke atas hal-ehwal perundangan, beliau sepatutnya lebih maklum apakah tindakan yang boleh diambil terhadap beliau kerana boleh didakwa sebagai "membantu" pelarian undang-undang tersebut.
Lebih ironi, bagaimana pengamal undang-undang boleh membuat kenyataan bahawa pelarian tersebut terpaksa meninggalkan negara kerana menuntut kebenaran!!!
Kebenaran apa yang RPK perjuangkan? Telah terbukti bahawa laporan doktor Pusrawi yang sebelum ini dijaja oleh DSAI untuk "merosakkan" integriti Saiful juga adalah laporan palsu!!!
Berkaitan kes Alantunya, bukti apa yang RPK ada? Mengapa tidak dikemukakan ke mahkamah?
Jika Zaid sudah tidak percaya dengan mahkamah dan undang-undang Malaysia, mengapa tidak bubar sahaja firma guamannya???
Beliau kan dah kaya-raya hasil DEB, mengapa tidak beliau berhijrah sahaja ke mana-mana negara yang menurut beliau lebih baik dari Malaysia??? Mengapa buang masa masih tinggal di sini???
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.