bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

5 Jul 2010

Adakah Pelacuran Wajar Diberikan Lesen Untuk Mengelakkan Gejala Rogol???

Murid diperkosa beramai-ramai
http://www.sinarharian.com.my/bterkini/4919.asp

MELAKA TENGAH - Hasrat seorang murid perempuan berumur 11 tahun mahu bertemu teman lelakinya di sebuah jeti di Umbai, dekat sini, berakhir dengan pengalaman hitam apabila bekas kekasih dan lima rakannya memperkosanya di sebuah rumah di Umbai di sini, 29 Jun lalu.


Komen Isac;

Kadang-kadang penulis rasakan kita semua telah tersesat jauh... Ada di antara pemimpin-pemimpin kita yang dilihat hanya mementingkan "keuntungan" semata-mata....Ada pula yang dilihat "menggunakan" Islam untuk "popular".

Mungkin zaman kita ni adalah wajar untuk kita hidup mengasingkan diri dalam gua meniru pemuda-pemuda Al-Kahfi...

Apa komen Lord Reid???


kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa dan teman lelakinya yang bersiar-siar di jeti ikan bakar itu dibawa enam lelaki ke sebuah rumah yang tidak bernombor berhampiran kawasan jeti berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asistan Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pada mulanya mangsa dan teman lelaki tiba-tiba disergah enam lelaki dan salah seorang daripada mereka ialah bekas kekasih mangsa.

“Enam lelaki terbabit yang berumur antara belasan tahun hingga awal 20-an kemudian membawa mangsa dan teman lelakinya di sebuah rumah tidak jauh dari kawasan itu dengan menaiki sebuah kereta.

“Di rumah itu, mangsa mendakwa dia diperkosa tetapi tidak ingat berapa orang, sementara teman lelakinya tidak berada di situ, berkemungkinan di luar rumah atau di bilik lain,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Kontinjen Polis di sini, hari ini.

1 comment:

  1. Ini lah menunjukkan cadangan "Pendidikan Seks" yang dicadangkan disekolah baru baru ini mempunyai harapan sebagai satu daripada subjek pembelajaran yang bakal memperolehi kadar kelulusan 100% disemua sekolah aliran kebangsaan.

    Mahyuddin disarankan menjemput kanak kanak perempuan dan juga teman lelaki didalam kejadian itu dan juga para belia belia melayu yang semakin ramai menceburi sama ada amatur dan professional sebagai tenaga pengajar disekolah.

    Ini selaras dengan penyedian kemudahan tempat meletak bayi yang dilancarkan oleh YB Sharizat baru baru ini.

    Dengan ada nya matapelajaran ini dijangkakan peratusan kelulusan SPM pada tahun hadapan akan menempa sejarah terutama bagi pelajar melayu di seluruh Negara.

    Ini juga merupakan satu pencapaian besar bagi Menteri Pelajaran Malaysia kearah membina satu masyarakat Melayu yang progresif dan liberal, selaras dengan 1 Malaysia.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3