bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

16 Jul 2010

Kereta "Sultan Melaka" Disita? Percubaan Mempersenda Institusi Raja-raja Melayu???

Kereta Mewah Guna Nama "Sultan Melaka" Dirampas
http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2010/7/15/mstar_jenayah/20100715224028&sec=mstar_jenayah
SERDANG: Polis merampas sebuah kereta mewah jenis Rolls Royce (RC) bernilai RM2.85 juta yang menggunakan lambang nama "Sultan Melaka" sewaktu majlis perasmian bangunan oleh sebuah syarikat pelaburan tempatan di Bandar Puteri, Puchong, di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Serdang Supritendan, Abd Razak Elias berkata hasil siasatan mendapati kenderaan mewah yang tertulis "D.Y.M.M Tuanku Raja Noor Jan Shah" itu disewa daripada sebuah kedai jual kereta terpakai dengan menggunakan nama Sultan Melaka supaya mampu menarik kepercayaan pelabur asing.

"Kami juga menahan tiga lelaki berusia 20 hingga 35 tahun yang mendakwa pemandu dan penganjur majlis itu untuk siasatan lanjut. Setelah diperiksa, seorang daripada mereka positif dadah jenis ketamin," katanya pada sidang media di sini pada Khamis.

Abd Razak berkata, polis akan mendapatkan keterangan daripada Raja Noor Jan Shah, yang sebelum ini pernah mendakwa dirinya waris Kesultanan Melaka, sama ada beliau mengetahui namanya digunakan oleh syarikat pelaburan berkenaan.

"Kes ini juga akan dirujuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk siasatan lanjut dan lelaki yang ditahan itu disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya," katanya. Majlis kira-kira pukul 1 petang itu disedari sepasukan anggota polis yangmelakukan rondaan di sekitar kawasan itu dan mendapati kenderaan mewah yang dipamerkan itu menjadi tumpuan ramai terutama kira-kira 150 pelabur asing dari Hong Kong, China dan Vietnam.

"Setakat ini, polis hanya menahan seorang individu atas kesalahan positif dadah dan dua lagi dibebaskan. Namun siasatan lanjut sedang dilakukan termasuk mendapatkan keterangan daripada wakil syarikat pelaburan berkenaan," katanya. - BERNAMA



Komen Isac;

Walaupun pada asalnya mungkin mahu "bergurau" tetapi tindakan ini seperti menghina Institusi Raja-raja Melayu. Bahkan mungkin boleh menimbulkan ketegangan... Jestru itu pihak berkuasa perlu bertindak tegas sebagai pengajaran untuk semua....

1 comment:

  1. salam,

    mereka inilah manusia bangsat yang hendak memalukan raja-raja kita.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3