PEKAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Raja Petra Kamaruddin yang kini melarikan diri ke London.
Perdana Menteri berkata, rakyat juga kini tidak perlu lagi menerima bulat-bulat apa saja dakwaan yang dibuat pengendali blog berkenaan.
"Kalau Raja Petra ditaja pembangkang, bererti apa yang didakwa adalah berbaur politik...jadi kita mesti mengkajinya dan jangan terima bulat-bulat apa yang didakwa menerusi blognya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pekan di sini, hari ini.
Komen Isac;
Kalau tak betul Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz boleh kena saman berjuta ni... Kita tunggu ajelah PKR "berani" atau tidak untuk menyaman beliau....
Jika dakwaan Nazri benar, siapa pulak yang "kebas" RM 30,000.00 tu ye? Daripada RM 500,000.00 yang katanya dihantar oleh PKR, RM 470,000.00 diterima RPK lagi RM 30,000.00 tak tahu pergi ke mana?
RM 30,000.00 mungkinkah telah digunakan untuk membayar duit hotel dan perbelanjaan harian seorang bekas menteri ketika berada di London serta untuk membeli tiket tiga orang menonton perlawanan bola sepak Man Utd??? Ataupun adakah ianya telah "disonglap" oleh mana-mana individu? Semuanya berkemungkinan....
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.