bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

30 Jul 2010

Seorang Nenek Berusia 62 Tahun Berjaya Menyelamatkan Suaminya (76 tahun)!!!

Jeritan isteri selamat dari maut

SUNGAI SUMUN - Jeritan isteri yang sedang panik telah menyelamatkan nyawa seorang warga emas selepas rumah mereka terbakar dalam satu kejadian di Kampung Parit 6 di sini, kelmarin.

Abu Khairi Rajuli, 76, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, dia dan isteri, Manisah Talim, 62, sedang tidur.

Menurutnya, kejadian cuma disedarinya selepas isterinya menjerit memberitahu ada api di dalam biliknya.

“Semasa kejadian saya tidur di kerusi ruang tamu manakala isteri berada di dalam bilik. Saya bingkas bangun selepas terdengar jeritan isteri.

“Saya terkejut dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa setelah melihat api semakin marak dari dalam bilik dan terus terjun melalui tingkap,” katanya kepada media, semalam.

Abu Khairi berkata, setelah masing-masing menyelamatkan diri, mereka cuma mampu melihat rumah terbakar dan runtuh.

Menurutnya, dua anak lelakinya turut sama mendiami rumah itu, tetapi semasa kejadian mereka berada di luar.

Sementara itu, Abu Khairi berkata, kejadian seperti itu belum pernah berlaku walaupun telah tinggal lebih 40 tahun dan kerugian dianggarkan RM20,000.

"Api marak terlalu cepat sehinggakan bomba dan penyelamat tidak dapat berbuat apa-apa kerana api telah padam.

"Barangan berharga yang turut hangus adalah motosikal, perkakasan elektrik dan wang tunai RM300," katanya.

Katanya, punca kejadian mungkin disebabkan litar pintas kerana api bermula di bilik, tetapi tidak kedengaran sebarang letupan kerana ketika itu mereka sedang tidur.

“Saya reda dengan apa yang berlaku dan menganggapnya sebagai takdir.

“Bagaimanapun saya bersyukur kerana kami selamat dan berharap ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan untuk kami berteduh,” katanya.


Komen Isac;

Anda tak semesti "kuat" untuk menyelamatkan yang tersayang dari terbakar.... Yang penting tanamkan semangat berhati-hati, peka dengan keadaan sekeliling, jangan panik dan berdoa.

Mudah-mudahan kita selamat...

Ada ke wartawan kata nenek tu panik... :)

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3