Semalam penulis mendapat mesej dari teman melalui YM. Mesej tersebut adalah satu address di FB. Ia berbunyi "Is it you in this picture?". Tanpa banyak soalan, penulispun klik ajelah. Tengok-punya tengok, gambar tah siapa-siapa tah....Kebetulan dalam masa yang sama penulis sedang meng "install program" "Skype".
Tiba-tiba keluar program yang berunsur soalan "Are you human or machine?" "You need to respond in order to proceed". Bila jawab ya, dia tanya pulak nama, lepas tu tanya "bintang apa?", apa yang kita suka? Last sekali no h/p. Penulis cuba keluar dari program tersebut tapi X berjaya.
Setiap kali masuk eksplorer balik "questionare" yang sama akan keluar balik dan selagi kita tak masukkan no h/p, penulis tak boleh nak surfing. Setelah cuba reboot tapi masih mengalami masalah yang sama penulis pun tutup laptop dan balik rumah.
Esoknya (pagi ini) perkara yang sama masih berlaku. Penulis tak boleh nak surf internet. Last sekali penulispun layan ajelah, masukkanlah no h/p dan membalas sms yang diberikan seperti berikut;.
"REG MATCH 36181"
Lepas tu penulis mendapat dua sms yang mencadangkan penulis melayari dua website. Setiap satu sms tersebut bernilai RM 8.00. Jadi RM 16.00 telah di "charged" kan ke dalam bil h/p penulis. Yang sedihnya laptop penulis masih tidak boleh melayari website. Penulis membuka "task manager" dan cuba mencari "program" pengacau tersebut, setelah dicuba beberapa kali akhirnya penulis berjaya dan dapat melayari website semula. Tetapi setiap kali reboot masalah yang sama akan timbul semula.
Berbincang dengan adik penulis melalui video conference, beliau memberitahu bahawa beliau juga telah menghadapi masalah yang sama dan rupa-rupanya virus dari laptop penulis telah menghantar msg ke komputernya pada hari semalam. Beliau telah "restore" semula "default setting" komputernya dan masalah tersebut telah selesai.
Setelah berbuat perkara yang sama, penulispun menelefon syarikat telefon mudah-alih yang penulis langgni dan meminta bantuan untuk bagaimana hendak "menamatkan" "command" yang telah penulis aktifkan sehingga penulis terpaksa membayar "sms" yang dihantarkan kepada penulis berharga RM 8.00 setiap satu.
Dengan bantuan bahagian teknikal syarikat pengusaha telefon mudah-alih tersebut akhirnya penulis berjaya "menyahaktifkan" nombor h/p penulis dari fasiliti berkenaan.
Jika anda mengalami nasib yang sama, cuma perlu taip dan hantarkan sms ini kembali kepada nombor yang menghantar sms itu kepada anda;
"STOP ALL" kepada 31681 (contoh)
Berhati-hati dan semoga anda di luar sana terhindar daripada gangguan ini!!! Jangan sesekali memberikan no h/p ataupun no akaun bank anda kepada mana-mana program yang tidak dikenal-pasti.
Bayangkan jika program tersebut menghantar satu sms kepada anda pada setiap hari? Boleh bankrap beb!!! Sebulan dah RM 240.00. Banyak tu....
Thx,i hv finally stop from tat stupid thing,it is free to stop!!
ReplyDelete