20:03:12 PM
PUTRAJAYA: Kabinet hari ini memutuskan harga gula diselaras sebanyak 25 sen sekilogram, harga petrol RON95 dan diesel 5 sen seliter dan gas memasak LPG sebanyak 10 sen sekilogram ... berita penuh klik sini..
Komen Isac;
Kadang-kadang terasa diri kita ni seperti ditipu oleh kerajaan.....Setiap kali apabila ada desas-desus harga barang akan naik, maka Pak Menteri yang berkenaan akan membuat kenyataan bahawa itu semua adalah khabar angin...
Tapi akhirnya ternyata khabar angin seperi itu selalunya terbukti benar. Mungkin pihak berwajib khuwatir para pemborong akan "menyorokkan" barangan tersebut sekiranya maklumat tersebut diketahui umum ataupun mengundang panik rakyaat dan masing-masingpun membeli dan menyimpan barangan tersebut secara berlebihan.
Nasib baiklah pengguna kenderaan kecil seperti kereta tidak mempunyai tangki simpanan petrol/diesel di rumah masing-masing, jika tidak harus ada rumah yang terbakar kerana simpanan petrol/diesel mereka meletup .
Itu harga barangan keperluan, bila tol ataupun cukai lain pula setiap kali hendak dinaikkan, kerajaan akan mengatakan ianya perlu kerana telah lama tidak dinaikkan. Bagi subsidi pula apabila mahu ditarik balik, ada Pak Menteri yang tergamak mengatakan negara bakal bankrap jika ianya tidak dilakukan....
Baru-baru ini, harga setem dan perkhidmatan pos dinaikan, kononnya untuk menaikkan gaji kakitangan yang telah sejak berapa lama tidak dinaik/diselaraskan... Bagus lah tu, tapi yang tak sedapnya sekali lagi kita "ditipu" kononnya harga perkhidmatan pos seperti setem dan lain-lain telah lama tidak dinaikkan.
Terbaru, kenaikan harga gula (penarikkan 25 sen subsidi gula) diwawarkan sebagai pelarasan "harga gula". Bila cakap "selaras" bukannya "naik" mungkin orang tak perasan kot.... Jadi orang ramai pun tak marah lah agaknya.... Rakyat Malaysia ni kan semuanya tak berapa cerdik.....
Penulis sedar bukan mudah buat kerajaan melakukan tugas mereka dalam memakmorkan negara tetapi dalam menangani kenaikan harga barang, perkhidmatan dan penarikkan balik subsidi, pendekatan yang lebih strategik dan berkesaan perlu supaya "rakyaat" merasa mereka sememangnya "didahulukan olah kerajaan" dan bukannya "dianaktirikan"... Mungkin Apco World Wide dapat membantu???
ALOO BEWAK2 PENAIK REGA MINYAK....
ReplyDeleteHADUIIIIIH GHOPA2NYA DOK SEBUK PASAI PASIAQ......NAK SUH TENGGELAM REGA MINYAK DAN GULA. PANDAI BETUI BEWAK2 NI ......
KALU SETAKAT CURI PASIAQ, RAKYAT TADAK GHASA APA2 HAIH....TADAK SUSAH PON. KALU REGA MINYAK NGAN GULA NEIK......ITU PETANDA PARTI BEWAK NAK MAMPUIH PRU 13.
he he he
awat ciput jer neik.....neikkan banyak sikit barghu bulih untuk KERAjaan menega.