bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

1 Jul 2010

Tolak Negara Islam - Marah TG Nik Aziz Pada Karpal Hanya Marah-marah Sayang???

Nik Aziz Cabar Karpal Buktikan Dasar Islam Pas Salah
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/6/30/mstar_berita/20100630182825&sec=mstar_berita

KOTA BARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar Karpal Singh supaya membuktikan konsep negara Islam acuan PAS, yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun, adalah salah.

Beliau, yang juga Menteri Besar Kelantan, menganggap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menolak gagasan pembentukan konsep negara Islam PAS jika pakatan pembangkang dapat menguasai pentadbiran negara, sebagai kenyataan peribadi.

Nik Abdul Aziz berkata PAS akan terus melaksanakan Islam yang diperjuangkan sejak sekian lama walaupun ada bangkangan daripada beberapa pemimpin parti rakan sekutu dalam pakatan pembangkang, termasuk DAP.

Katanya, jika terdapat suara-suara sumbang yang lahir dari pemimpin parti pakatan pembangkang yang mencurigai hasrat PAS itu, ia merupakan pendapat peribadi masing-masing.

"Selagi mereka (yang tidak bersetuju dengan dasar PAS itu) tidak dapat membuktikan dasar Islam yang kami laksanakan ini salah, kami akan terus perjuangkan dasar ke arah pembentukan negara Islam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini, Rabu.


Komen Isac;

Walaupun beliau mungkin seorang Sikh yang baik kerana tidak lagi memakai turban dan telah memotong rambut, tetapi Karpal sememangnya arif tentang agama Islam.

Buktinya beliau tahu tentang kewajiban mandi wajib, solat lima waktu dan Saiful menurut beliau bukanya seorang penganut agama Islam yang baik kerana tidak mandi wajib dan meninggalkan solat...

Cuma beliau mungkin terlupa bertanyakan samada Anwar telah mandi wajib atau tidak, tetapi sebaliknya beliau seakan-akan telah mengakui bahawa liwat diantara Anwar dan Saiful sememangnya benar-benar berlaku, apabila mempertikaikan pertuduhan kes tersebut samada liwat dengan kerelaan atau tanpa kerelaan...

Mungkin banyak lagi perkara yang Karpal tahu tapi kita tak tahu??? Dan marah Pok Nik pada Karpal pun hanya marah-marah sayang...

Kepada para pembaca maaf sebab lari topik sikit.... :)

1 comment:

  1. salam bro... tuan guru sekadar cakap2 nak tunjukkan kononnya yang dia tegas dgn Islam. Tapi lupa plak dia, yang tolak pemerintahan islam BN tapi nak terima kerajaan perpaduan yang bukan Islam itu siapa?

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3