3,286 guru tabika diserap ke jawatan tetap
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/3_286gurutabikadiserapkejawatantetap/Article
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/3_286gurutabikadiserapkejawatantetap/Article
2010/07/19
KANGAR: Semua guru dan pembantu guru tabika Perpaduan di seluruh negara yang selama ini berkhidmat secara kontrak bakal diserap ke jawatan tetap.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah, berkata cadangan menyerapkan 3,286 guru dan pembantu guru tabika itu telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah, berkata cadangan menyerapkan 3,286 guru dan pembantu guru tabika itu telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
"Sudah sampai masanya mereka diberi jawatan tetap yang menjanjikan masa depan yang lebih baik. Saya harap proses penyerapan dapat dilaksanakan secepat mungkin," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam "Untaian Kasih" Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Perlis di sini malam tadi, Murugiah berkata pada masa ini kesemua guru dan pembantu guru di 1,643 tabika Perpaduan berstatus kontrak dan ada yang telah berkhidmat selama 30 tahun.
Majlis makan malam Untaian Kasih yang diadakan sempena klinik Dodgeball 1Malaysia peringkat negeri Perlis itu dikendalikan Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD) dan disertai kelab Rukun Negara, Jiran Muda dan Jiran Wanita.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan negeri Perlis Abdul Jamil Saad dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Azizah Ariffin. - BERNAMA
Majlis makan malam Untaian Kasih yang diadakan sempena klinik Dodgeball 1Malaysia peringkat negeri Perlis itu dikendalikan Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD) dan disertai kelab Rukun Negara, Jiran Muda dan Jiran Wanita.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan negeri Perlis Abdul Jamil Saad dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Azizah Ariffin. - BERNAMA
Komen Isac;
Memang bagus, raya ni bolehlah guru-guru tersebut "beraya sakan" maklumlah telah menjadi kakitangan awam dengan jawatan gaji tetap dan berpencen...
Tetapi bagaimana pula dengan guru-guru Tadika Kemas???
Selama..
ReplyDeleteAlhamdulillah..Syukur dgn rahmat Allah..
Tahniah dan syabas
ReplyDeletedipetik dari:
ReplyDeletehttp://zul4kulim.blogspot.com/2008/05/soalan-untuk-sidang-parlimen.html.
"YB Soalan saya yang ini untuk kementerian Luar Bandar..
kenapa guru-guru kemas tidak diberi status jawatan tetap...? kerana dulu pernah ada ura-ura hendak memberi jawatan tetap....sekiranya kemas terus diberi jawatan kontrak seperti sekarang banyak kemudahan yang mereka patut dapat tetapi tidak dapat semata-mata status kontrak, sebagai contoh kemas tidak dapat menikmati pencen seperti kakitangan kerajaan lain dan untuk membuat pinjaman-pinjaman peribadi melalui kerajaan dan loan rumah kerajaan memang sukar sama sekali....dan satu soalan lagi kenapa kemas tidak diserapkan terus dibawah kementerian pelajaran adakah kerana guru-guru kemas hendak dijadikan alat oleh umno untuk berkempen politik dan fokus mendidik anak-anak bangsa tidak lagi menjadi keutamaan....dalam pekara ini sudah lama guru-guru kemas teraniaya....sedangkan guru-guru kemaslah banyak menbantu umno dalam pilihan raya....tapi jasa mereka tidak pernah di kenang"
yg ni ulasan aku sendiri..
aku secara rasionalnya setuju kenapa la guru Kemas ni tidak menikmati jawatan tetap, padahal pekerjaan mereka sebagai guru tadika Kelas adalah sama saja dengan guru2 biasa, dimana ianya memang jawatan yang perlu, bukannya sementara pun.. dah la gred s11, gaji bertaraf PRM/SRP sahaja. malahan guru Kemas yang ke maktab juga akan ditawar S27, masih sebagai kontrak dan tidak menikmati pencen bila bersara nanti.. ini amat tidak adil kerana merekalah tulang belakang jentera UMNO/BN tetiap pilihanraya.. tetapi, benar... JASA MEREKA LANGSUNG TIDAK DIKENANG!!!! KEMAS yang minta, PERPADUAN yg tiada jasa pada parti pula yang merasa hasilnya!!!!
nasib la guru kemas, umno memang penipu besar
ReplyDelete- che gayah senapi s11
Saya sebagai guru kemas memang turut merasa agak kecewa kerana kami masih bertaraf kontrak. Entah sampai bila nasib guru -guru kemas terbela. Rasa tidak bersemangat untuk bekerja jika begini keadaanya. Harap nasib kami terbela seperti kakitangan awam yang lain.
ReplyDeletekesian guru-guru KEMAS... bila nal pilihanraya merekalah yg bertungkus lumus tapi bila rombongan mereka dilupakan... nasib nasib... kepada pemimpin-pemimpin hargai sedikit jasa mereka.. jgn jadikan mereka budak suruhan UMNO....
ReplyDelete