Oleh IZRA ABD RAHMAN KUALA LUMPUR: African Scam adalah satu bentuk jenayah merentasi sempadan yang tidak hanya melanda negara ini, tetapi turut melibatkan negara seperti Amerika Syarikat (AS), Singapura dan Indonesia kerana ia bersifat global.
Berita penuh klik sini.
Komen Isac;
Sebenarnya penulis telah beberapa kali terselamat daripada kes seumpama ini. Sekali semasa di Universiti dengan skim menyerupai "skim labu peram" ketika itu baru mendapat duit biasiswa ramai kawan-kawan yang terkena dan beberapa kali setelah bekerja....
Pendekatannya juga berubah-ubah untuk mengelirukan mangsa.... "Black money", skim berkongsi keuntungan menjual kad telefon, bela cacing, sewa kereta, jual pasu ceramik dan lain-lain.
Sekitar lima tahun dahulu penulis menerima email dari seorang awek Afrika, katanya tinggal di negara Serra Leon. Kononnya beliau dijaga oleh bapa saudara yang cuba merampas harta pusaka miliknya. Bapanya telah dibunuh tetapi sebelum ayahnya mati, sekitar USD 20 Juta telah diamanahkan kepada seorang peguam untuk menjaganya.
Untuk tujuan keselamatan (takut dirampas oleh bapa saudaranya), wang tersebut yang disimpan di dalam kotak perlu dikirimkan ke kenalan rapat di luar negara. Kononnya peguam tersebut juga tidak tahu apakah kandungan kotak yang disimpannya. Gadis tersebut telah menawarkan 20% kepada penulis sebagai bayaran untuk menerima pekej berisi wang tersebut dan menyimpannya sementara menunggu beliau datang ke Malaysia... Wow!!!! 20% dari USD 20 Juta, gelap sekejap dunia wa beb.... Bahagian gua USD 4 Juta, convert duit Malaysia lebih kurang RM 12 Juta.... Kaya..kaya...kaya... Jutawan aku beb....Boleh pakai Porshe, Austin Martin...bla..bla...Berbini muda??? (Gurau aje) Kang bini aku baca posting ni teruk kena cubit....
Penulis pun terus bersetuju... Dalam hatipun sebenarnya ikhlas nak menolong...Tup-tup dia mintak RM 50k untuk belanja penghantaran pekej, cukai dan lain-lain... Dalam hati penulis, "sah kena tipu ni..." Terus penulis X layan lagi email-email dari minah Afrika tu...
Selalunya kita ni kena tipu bila "perasaan tamak" menguasai diri kita...
Terbaru, kawan lama penulis menawarkan penulis untuk melabor sekitar RM 12 ribu, dengan pulangan RM 2.5 Juta selepas tempoh matang (25 bulan). Katanya beliau mengambil komesyen untuk memindahkan dana dari bank di Eropah untuk pinjaman yang bernilai berbillion-billion USD....Dapat komisyen 0.04%.... Sekarang kan dah zaman IT, duit boleh pindah pakai T.T. aje.. (Telegraphic Transfer). Semudah hujung jari!!!
Telan air liur jugak... Tapi mana ada keuntungan yang tinggi sampai macam tu...Kaalau betul kenapa nak kongsi? Baik kebas semua untuk diri sendiri ye tak? Ingatlah jangan tamak dan jangan ambil hak orang lain!!!
Pada pandangan penulis kawan penulis tu bukan berniat nak menipu, tetapi mungkin dia pun kena tipu.... Penulis berniaga 10 tahun, projek juta-juta, tapi untung, selalunya ciput... Nasib X baik rugi... Apa pasal la penulis X dapat AP, kalau tak tentu dah pakai helikopter.... :)
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.