bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

18 Jul 2010

Pertemuan Pas-Umno, Harussani Sedia Jadi Orang Tengah - Siapa Berani Kafirkan Beliau???

Harussani sedia jadi orang tengah jaya pertemuan UMNO-PAS
2010/07/17

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HarussanisediajadiorangtengahjayapertemuanUMNO-PAS/Article

IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bersedia menjadi perantara jika UMNO dan PAS mahu bekerjasama dalam perkara perpaduan masyarakat Melayu serta umat Islam.

Harussani berkata, perjumpaan beliau bersama beberapa pemimpin kedua-dia parti itu baru-Bari ini menguatkan lagi hasrat berkenaan.

Katanya, masih ada harapan wujud perpaduan di kalangan Melayu jika bangsa itu bijak mengutamakan perkara lebih penting ke arah matlamat itu.



Komen Isac;

Manusia dah semakin gila agaknya... Menyeru ke arah perpaduan pun hendak disanggah dan diserang berhabis-habisan... Patutlah umat Islam satu dunia tidak boleh bersatu, harapkan ramai sahaja, tetapi masih menjadi mainan Yahudi dan Nasrani.

Kita yang berada di Malaysia dan tak berapa kerat ini pun asyik nak bersengketa dan saling bermusuhan sesama sendiri.....Dah lah terpecah kepada tiga...Sesama blogger pro kerajaan pun tak sebulu... Baru masukkan artikel tentang KJ setakat C & P dari keratan akhbarpun, blog "bumiyang" dah dikeluarkan dari senarai blog yang dilinkkan dari kepada blog "beliau"...

Kalau semua orang Melayu berperangai macam ni sememangnya Melayu kalau X pupus pun akan hidup merempat sampai bila-bila... Jangan sampai kita  mengalami nasib yang sama seperti bangsa Palestine...walaupun dijajah dan ditindas di bumi sendiri tetapi masih tidak mahu nak bersatu dan berdamai sesama sendiri...

3 comments:

  1. aku pelik m.ufti ni...

    PAS seru berpadu atas namaagama dia membisu

    UMNO berkokok nak berpadu atas nama bangsa, dia lah juara...

    dia ni mufti agama ke mufti bangsa??

    ReplyDelete
  2. Pemimpin2 PAS tengah sibuk mengumpul duit. Apa peduli nasib orang Melayu?
    Pemimpin2 UMNO pun 2 x 5!
    Maka hancurlah masa depan Melayu di Malaysia!

    ReplyDelete
  3. Hanya mereka yang takut dengan bayang-bayang sahaja yang tidak menginginkan perpaduan bangsa sedangkan apabila Orang Melayu disatukan maka bersatulah kembali ISLAM.

    aku yang bingai

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3