bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

24 Jul 2010

Umno Perlu Ubah Dasarnya Untuk "Bersatu" Dengan Pas, Apakah Dasar DAP & PKR Serupa Dengan Dasar Pas???

Apakah dasar Pas sama dengan DAP dan PKR?
HUJAH utama yang diberikan oleh sesetengah pemimpin Pas apabila menyentuh soal kerjasama dengan UMNO adalah UMNO mengamalkan dasar kebangsaan, bukan dasar Islam. Atas sebab itu, Pas menolak untuk menjalinkan hubungan dengan UMNO biarpun atas dasar demi perpaduan orang Melayu dan umat Islam.

Tohmahan mereka adalah UMNO menolak Islam dan Pas tidak boleh bekerjasama dengan parti itu kerana perbezaan dasar. Bagi Pas, kalau parti tersebut menjalin hubungan dengan UMNO atas alasan apa sekali pun, ia seolah-olah satu petaka buat mereka.

Persoalannya apakah jawapan tersebut melambangkan kecelaruan fikiran sesetengah pemimpin Pas atau ia satu jawapan politik? Ia kerana kalaulah dasar perjuangan Islam menjadi teras utama, kenapa Pas sanggup bersekongkol dan bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Apakah kedua-dua parti itu mempunyai dasar yang sama seperti mana diperjuangkan oleh Pas? Bukankah DAP sudah menolak konsep negara Islam yang ingin diketengahkan oleh Pas dan PKR pula tidak pernah menyatakan secara terbuka menyokong apa yang Pas perjuangkan?

Jelaslah, tindakan menjadikan dasar kebangsaan sebagai halangan utama bagi Pas untuk bekerjasama dengan UMNO hanya satu alasan semata-mata. Sebenarnya, penolakkan kerjasama itu lebih bermotifkan politik kerana kalau benar Pas hanya mahu bekerjasama dengan parti yang memperjuangkan Islam, maka DAP dan PKR juga tidak sepatutnya menjadi pilihan Pas.
Oleh itu, tidak perlulah pemimpin-pemimpin utama Pas termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdolak dalih dalam soal ini. Cakap sahajalah, sebenarnya pemimpin Pas melihat UMNO sebagai musuh politik yang paling nyata.
Tanpa membuat perhitungan politik yang betul, pemimpin Pas begitu yakin bahawa sekarang adalah waktu terbaik untuk mereka mengambil alih tempat UMNO sebagai parti utama orang Melayu. Pas begitu percaya melalui kerjasama dengan DAP dan PKR, mereka akan dihargai dan diberikan tempat utama dalam pakatan pembangkang. Kalau itulah impian Pas, tidak keterlaluan jika dikatakan Pas hanyalah bermimpi di siang hari.

Ini kerana DAP dan PKR tidak akan membuka laluan mudah untuk Pas menjadi parti utama.
Selain itu, kalau Pas mahu kekal mempertahankan dasar Islamnya, kenapa perlu tergesa-gesa hendak mewujudkan sebuah sayap yang dikhaskan untuk bukan Islam yang menyokong parti itu.

Bolehkah dasar Islam tersebut diperkembangkan apabila kumpulan penyokong berkenaan semakin berkuasa di dalam Pas nanti?
Sebenarnya, usaha untuk menyatukan UMNO dan Pas tetap tidak akan berjaya, bukan kerana kesemua pemimpin dan ahli Pas menolak usaha murni tersebut tetapi disebabkan segelintir sikap pemimpin Pas. Mereka ini hanya mengaku dirinya Islam tetapi tidak berakhlak sebagai seorang Islam termasuklah memaki hamun dan mencerca serta menuduh ulama yang tidak menyebelahi mereka dengan pelbagai gelaran.

Pemimpin seumpama ini sudah menerapkan politik kebencian, bukannya politik tidak sehaluan. Ertinya, mereka mahu UMNO dibenci sampai ke mati tanpa mempedulikan apa pun kesannya kepada masa depan orang Melayu dan umat Islam.

Bagi mereka, tidak kira siapapun, asalkan orang itu menyebelahi UMNO maka dia harus dimusuhi. Inilah puak-puak yang menjadi batu penghalang terbesar kepada perpaduan umat Islam di negara ini. Atas sebab itulah, apa pun alasan dan usaha yang cuba dilakukan bagi menyatukan dua parti Melayu tersebut, ada sahaja hujah dangkal dan jumud yang dikeluarkan oleh puak berkenaan.

Namun begitu sebagai umat Islam kita tetap mendoakan agar Allah SWT membuka pintu hati pemimpin-pemimpin seumpama ini agar memahami betapa pentingnya UMNO dan Pas bersatu hati. Pemimpin-pemimpin Pas perlu berlapang dada dan berfikiran terbuka dalam soal berkenaan. Janganlah melihat atau terlalu gelojoh untuk merebut kuasa politik bersama-sama PKR dan DAP.

UMNO bersikap terbuka dalam soal kerjasama itu bukan kerana politik tetapi demi masa depan orang Melayu dan umat Islam. Ia disebabkan, apa pun berlaku UMNO tidak perlu 'menyembah' Pas untuk mencari kuasa politik tetapi Pas mungkin terpaksa 'melutut' kepada PKR dan DAP bagi tujuan berkenaan.

Nukilan dari blog oyabun,


http://oreoyabun.blogspot.com/2010/07/apakah-dasar-pas-sama-dengan-dap-dan.html


Komen Isac;

Berkata lah benar walaupun pahit. Jahuilah sifat-sifat munafik.....

2 comments:

  1. Apa kata UMNO tukar dasar sahaja?

    Amik dua-dua dasar PKR dan DAP. Sure PAS terima punya. hehehehhe

    Kekalkan IKYS sebagai institut berasingan dari INPENS
    Si Bingai Dari Tendang Terajang

    ReplyDelete
  2. Memang betul pun dasar UMNO tak sama dengan dasar parti hamPAS. UMNO tak rela seorang peliwat menjadi pemimpin mereka, tetapi dasar hamPAS merelakan peliwat menjadi pemimpin mereka sehingga jawatan Mursyidul AmPAS juga sanggup diserahkan kepada peliwat berkenaan.

    Memang tak serupa langsung kan....?????

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3