bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

7 Jul 2010

Pakatan Tuduh Felda Bankrap, Sebaliknya Mungkinkah Negeri-negeri Dibawah Pakatan Yang Bakal Bankrap Sebenarnya???

Pihak tuduh Felda bankrap sebenarnya bankrap perjuangan

07/07/2010 2:36pm

TANJUNG MALIM 7 Julai – Felda telah membuat pelaburan bijak untuk kesejahteraan rakyat dan merupakan sebuah institusi yang berjaya tetapi dituduh bankrap oleh mereka yang sebenarnya bankrap idea, moral dan prinsip perjuangan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, pihak yang mendakwa Felda bankrap telah membuat tuduhan liar yang tidak berasas serta melakukan satu dusta.

"Kita ada RM4 bilion kita labur, bukan joli katak bukan songlap. kita melabur untuk kesejahteraan peneroka,” katanya pada pelancaran Hari Peneroka 2010 di perkarangan MRSM Felda Kampus Tun Abdul Razak di Sungkai dekat sini hari ini.

Lebih 10,000 peneroka dari tanah rancangan Felda seluruh negara menghadiri majlis itu yang berupa sambutan Hari Peneroka yang terbesar pernah diadakan.

Perdana Menteri berkata, mereka yang membuat tuduhan itu juga tidak memahami prinsip perakaunan dan perniagaan.

Beliau berkata, pembangunan Felda adalah warisan perjuangan pusaka, tetapi cuba dihina, difitnah dan dicemari imejnya. – Bernama


Komen Isac;

Adakah tuduhan Pakatan Rakyaat dalam isu Felda adalah semata-mata mahu mengalih perhatian rakyaat daripada "masalah" yang mereka sendiri hadapi? Krisis kepimpinan mereka di mana ramai YB, pemimpin dan ahli parti mereka yang telah melompat keluar...Kes liwat DSAI, Kes DSAI memohon maaf kepada Zionis, dan lain-lan...

Bahkan, kedudukan kewangan negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyaat juga adalah meragukan...Adakah negeri-negeri ini bakal bankrap???

2 comments:

  1. Harbi mencemburui kejayan Felda membantu ramai Bumiputra-Melayu dari hidup merempat ditanah air sendiri. Mereka dengki Felda mampu mengumpulkan Melayu-Melayu ke perkampungan baru dengan mendapat tanah, rumah dan pelbagai keistimewaan lain.
    Peringatan lepas ini mereka akan attack peneroka Felcra dan Bank CIMB (Nazir Razak)pula. Satu gerakan terancang sedang dilakukan oleh DAP dengan bantuan kuda-kuda tunggangan mereka dari PAS dan PKR...tunggu!!!

    ReplyDelete
  2. Ye lah...kalau Felda bankrup, mcm mana Felda boleh bayar zakat lebih 28 juta? Bankrup mana ada duit nak bayar zakat? bodoh betullah tuduhan tu...tapi yg aku pelik, cam mana Nik Aziz & konco2nya boleh bersekongkol dengan pembuat fitnah nie...ish..ishh

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3