Agenda Daily Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan untuk memperbaharui permit penerbitan lidah rasmi PAS, Harakah tetapi memberi amaran keras supaya akhbar hanya dijual di markas dan pejabat urusan parti itu sahaja. Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks AL-Quran kementerian itu Datuk Zaitun Ab Samad memberitahu pagi Khamis keputusan itu dibuat setelah KDN berpuas hati dengan kerjasama, penjelasan dan janji pihak pengurusan Harakah untuk mematuhi syarat-syarat permit penerbitan serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.-15/7/2010
Komen Isac;
Usaha terbaru untuk memujuk Pas demi perpaduan Melayu/Bumiputera??? Dalam politik, semuanya mungkin....
Salam Perjuangan,
ReplyDeleteDemi sesuatu yang bernama Penyatuan utk Islam dan Melayu, amat dialu-alukan.
Mohon tuan link kan ke blog saya:
http://warkahkalamtimur.blogspot.com/
Bersatu utk Agama, Bangsa dan Negara.
salam bro,
ReplyDeletekena fikir juga. Takut nanti pemimpin PAS keluar fatwa HARAM TENGOK TV3, RTM, NTV7, BACA UTUSAN, BH, STAR, METRO DAN LAIN-LAIN.