bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

7 Jul 2010

Peringatan Kepada Semua Jangan Makan Kambing Dan Durian Dalam Hari Yang Sama!!!

Makan durian, kambing: MP Sibuti dikejarkan ke hospital
Jul 7, 10 4:20pm
http://www.malaysiakini.com/news/136672

Anggota parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang dikejarkan ke hospital pada jam 2.15 petang ini selepas mengadu tidak sihat ketika menghadiri pesta durian dan promosi daging kambing anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di dewan serbaguna Parlimen.

Anggota parlimen Tangga Batu Datuk Idris Haron yang duduk semeja dengan Ahmad ketika majlis itu berkata pada mulanya Ahmad dari Barisan Nasional (BN) itu berborak dan ketawa dengan anggota parlimen yang lain.

"Tetapi tiba-tiba dia tidak selesa, dia longgarkan tali leher dan tiba-tiba diam, apabila melihat mata hitamnya pandang ke atas, anggota parlimen yang lain mula menggosok dahinya dan bertanya sama ada dia okey atau tidak," katanya kepada pemberita.

Selepas melihat keadaan bertambah serius, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir yang duduk di sebelah Ahmad segera memanggil ambulan dari Persatuan Bulan Sabit Merah yang berada di luar dewan.

Idris berkata Ahmad tidak pengsan kerana masih boleh memberikan respon apabila beliau menasihatkan Ahmad agar tenang.

- Bernama


Komen Isac;

Tapi kalau pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyaat tak mahu dengar tak apa... Bukannya berniat supaya mereka tu semua cepat mati...Bukannya benci maupun dengki... 

Tetapi mereka ni semua sememang suka membuat sesuatu yang "menyalahi adat"... Tak makan nasihat..... Kalau orang  lain buat baik dikatanya ada udang di sebalik batu, kalau mereka sebenarnya bersalah, dikatanya itu semua konspirasi, kalau orang lain dikatanya rasuah, diri sendiri dikatanya sedekah, kalau orang lain dikatanya kronisme dan nepotisme, tetapi bila diri sendiri anak pinak juga yang dipilih, kalau polis tembak mati penjenayah, penjenayah diangkatnya jadi hero, kalau mahkamah memutuskan mereka bersalah/kalah, mahkamah dikatanya tidak adil, kalau menang bicara diaraknya satu Malaysia, Kerajaan lantik Apco, dikatanya pro Yahudi, tetapi sendiri kautim baik dengan Zionis. Banyak lagilah....Lu fikirlah sendiri....

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3