bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

19 Jul 2010

Jika Melayu hilang kuasa pada PRU-13? Siapakah Yang Akan Mempertahankan Islam di Malaysia???

Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN






HARUSSANI Zakaria (kanan) bersama Hilmi Ismail ketika sidang akhbar pada Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Ipoh, semalam.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm


IPOH 17 Julai - Orang Melayu akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika UMNO dan Pas terus berdegil untuk tidak bersatu.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melahirkan kebimbangan tersebut berkata, kedegilan kedua-dua parti Melayu terbabit untuk meletakkan keutamaan agama di tempat sepatutnya hanya akan memberi kesan buruk kepada masa depan orang Melayu sendiri.

''Kalau kita terus berpecah-belah, kita akan terima kekalahan (pada PRU-13), itu sahaja. Dan akan berlaku satu bentuk penjajahan baru," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Dewan Bankuet Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Hadir sama dalam perhimpunan sehari anjuran Gagasan Melayu Perak (GMP) itu ialah presidennya, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail.

Harussani menegaskan, pemimpin Melayu perlu sedar bahawa mereka memikul tanggungjawab memastikan kepentingan orang Melayu terjamin.

''Adakah agama yang mengajar kita suruh berdegil? Sedangkan degil itu adalah sifat keji dalam Islam. Kalau itu sifat keji, kenapa tidak dibuang daripada diri kerana ia tidak akan menguntungkan diri.

''Kalau dia pemimpin, dia tidak akan menguntungkan rakyat. (Sedangkan) bila jadi ketua, amanah untuk menjaga ummah itu kewajipan dia. Kalau dia berdegil, amanah tiada pada dia, rakyat akan hancur," ujar beliau.

Ditanya apakah masih ada harapan untuk orang Melayu khususnya membabitkan UMNO dan Pas bangkit dan bersatu semula jawabnya:

''Insya-Allah disebabkan kedua-dua puak (parti) ini mempunyai keinginan hendak bersatu.

''Ada pemimpin Pas datang berjumpa saya, begitu juga pemimpin UMNO. Mereka minta pandangan bagaimana untuk disatukan (kedua-dua parti)."

Mengulas lanjut kata Harussani, penyatuan masih tidak dapat dilakukan sehingga hari ini kerana kedua-dua pihak telah meletakkan faktor keutamaan di tempat yang salah.

''Saya percaya tujuan orang Pas memperjuangkan Islam ikhlas tapi meletakkan (keutamaan) di tempat yang salah. Mereka taksub sebab tidak faham. Orang UMNO serupa juga.

''Kalau kedua-dua parti memahami faktor keutamaan itu, apa yang perlu diutamakan? Keutamaan adalah agama dahulu dan agama tidak menyuruh kita membenci sesama umat Islam bahkan kasih-mengasihi sesama kita," katanya.

Dalam perkembangan sama, Harussani berkata, langkah GMP menganjurkan perhimpunan seumpama itu dapat membantu menyatupadukan orang Melayu.

Sementara itu, Mohd. Hilmi menegaskan, perlunya satu perhimpunan Melayu membabitkan semua lapisan masyarakat termasuk raja-raja dan pemimpin parti politik sendiri untuk melahirkan semangat Melayu dalam menyata dan memperjuangkan hak mereka seperti termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

''Cara ini dapat menginsafkan pemimpin-pemimpin Pas dan UMNO yang masih berdegil dan tidak memikirkan tentang masa depan orang Melayu," katanya.


Komen Isac;

Jika "hari" tersebut benar-benar berlaku, adakah Umno dan Pas  masih lagi akan bercakaran sesama sendiri sebagaimana Hamas dan Fatah di Palestine?

Pada hari tersebut, jika Umno dan Pas menagis waima keluar air mata darah sekalipun dan ingin kembali bersatu, segala-galanya mungkin telah terlewat... Maka satu lagi negara yang asalnya milik orang Melayu akan menjadi saksi bangsa Melayu bakal terpinggir dari tampuk pemerintahaan.

Jika Melayu hilang kuasa, siapakah yang akan mempertahankan Islam, nak mengharapkan kepada TG Nik Aziz? Pada tahun 2012, untuk mempertahankan dirinya sendiri sahaja belun tentu bisa...

Nak mengharapkan kepada "Cina Islam" ??? Pada ketika itu mungkin LGE akan menjadi "tuannya" yang baru....

3 comments:

  1. yang naik kan harga minyak dgn gula baru-bau ni bukan orang melayu ke? adakah kaum india atau cina atau kaum2 lain selain melayu yg mendesak agar harga2 tersebut dinaikkan?

    ReplyDelete
  2. jika 'hari' trsebut brlaku pas takkan mnangis pun,malah makin gmbira sbb pjuangan diorg bkn islam.Diorg lbihkan jawatan,wang rngit,ksenangan hidup.Melayu/islam pg jahanam tak pnting.Buktinya bru2 ni nik aziz kata pebincangan utk prpaduan islam/melayu sudah trtutup.kalau nak bincang royalti bleh laa..
    tgok kat klantan brapa ramai org2 miskin,dan tgok plak brapa ramai yb2 pas yg kaya raya.20 thn printah klanta tak jd apa..
    islam/hudud brg dagangan utk undi...

    ReplyDelete
  3. Anonymous, 19 July 2010 09:37,

    Tuan ni mcm hendak sangat perkara tu terjadi... Akan dapat share ke?

    Apa jaminan, jika DAP memerintah harga minyak dan barangan subsidi yang lain tidak akan naik?

    Memang perit bila hatga naik, tetapi sedar ke tuan bahawa selama ini kerajaan telah bermurah hati memberikan subsidi...Adakah kita mengucapkan terimakasih? Adat orang berbudi kita berbahasa...Orang memberi kita merasa...

    Adakah pemberian yang diberikan selama berpuluh2 tahun kita langsung berterima kasih, bila orang tu kurangkan sedikit, tak sampai pun 5%, kita nak mengamuk? Ada logik ke tuan?

    Janganlah diikut sangant tabiat bangsa kiasu yang sememangnya tak tahu nak berterimakasih...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3