bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

3 Jun 2010

TPM Kedua Bukankah Lebih Adil Jika Diberikan Kepada Wakil Melayu/Bumiputera Daripada Sabah/Sarawak???

Pastinya jawatan TMP 1 penting dan ianya tidak boleh diberikan kepada parti komponen BN yang lain kerana ia dilihat sebagai suatu "proses penyediaan" kepada pengganti PM.

Jestru itu mewujudkan jawatan TPM 2, adalah sesuatu yang wajar. Tetapi jika DSAI dan Pakatan Rakyaat mahu memberikan jawatan TPM 2 kepada kaum Cina, penulis berpandangan adalah lebih molek jika jawatan tersebut diperuntukkan buat kaum Melayu/bumiputera Sabah/Sarawak. Dengan wakil Sabah/Sarawak bakal menjawat jawatan "ketiga" tertinggi/terpenting dalam kerajaan pusat ianya akan dapat mempereratkan lagi hubungan Semenanjung dengan Borneo.

Perlu diingat, selain Sabah/Sarawak mempunyai penduduk sekitar 25% daripada penduduk negara, kedua-dua negeri yang kaya dengan hasil minyak, telah lama menyumbang hasil buminya kepada pembangunan negara. Kedua-dua negara ini juga merupakan wilayah terbesar milik negara. Selain itu sokongan rakyaat kedua-dua negri ini telah menjadi penyelamat kepada BN dalam PRU 12 yang lalu.

Berdasarkan kepada faktor-faktor tadi, rasanya tidak keterlaluan jika penulis ingin mencadangkan, sekiranya jawatan TPM 2 diwujudkan nanti maka ianya wajar dikhaskan untuk pemimpin-pemimpin dari kalangan rakyaat Sabah ataupun Sarawak. Ini penting untuk memberikan "signal" yang jelas kepadaa rakyaat di sana bahawa pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak tidak disisihkan daripada Kerajaan Persekutuan dan kehadiran mereka menganggotai kabinet bukan setakat untuk menganggotai porfolio kementerian-kementrian yang kurang penting.

Jika ini dapat dilakukan, bukankah ianya akan menjadi senjata yang ampuh buat BNdi dalam memenangi hati pengundi-pengundi di sana menjelang pilihanraya negeri Sarawak yang bakal diadakan tidak berapa lama lagi???

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3