bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

22 Jun 2010

Tian Chua, Perlu Dipenjara Untuk Kekal Jadi Ahli Parlimen - Macam Cerita Kartunpun Ada...

Masuk penjara untuk kekal MP, saran timbalan speaker
Christine Chan
Jun 21, 10. 1:29pm
  
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ahli parlimen Batu, Tian Chua boleh memilih untuk menjalani hukuman penjara dua bulan jika beliau tidak mahu kehilangan kerusi parlimennya itu.

Ketika ditemui wartawan di luar Dewan Rakyat, beliau berkata, memandangkan Tian telah dijatuhi hukuman penjara dua bulan atau denda RM2,000 kerana menggigit tangan anggota polis ketika ditangkap dalam satu protes pada 2007, maka memilih dipenjara boleh mengelakkan persoalan sama ada denda tersebut telah membatalkan kelayakan Tian sebagai ahli parlimen.

Tian, yang menang kerusi parlimen Batu dalam pilihan raya umum 2008, didakwa mengikut Seksyen 32 Kanun Keseksaan, kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada angggota polis yang sedang bertugas.

Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian.

Beliau mengemukakan rayuan dan Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan tersebut tetapi mengurangkan hukumannya kepada denda RM2,000 atau dua bulan penjara.

Sejak itu, ia telah menjadi bahan perbahasan, sama ada jumlah denda tersebut terangkum di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan bahawa sesebuah kerusi parlimen itu akan menjadi kosong jika wakilnya disabitkan oleh mahkamah dan dikena denda "tidak kurang daripada RM2,000."

Junaidi, bagaimanapun, berkata Tian boleh memilih untuk menjalani hukuman dua bulan penjara bagi mengelak risiko terbatal kelayakannya sebagai ahli parlimen berhubung isu denda tersebut.

"Jika Tian Chua memilih untuk menjalani hukuman (dua bulan) penjara, isu ini tidak akan berbangkit," kata Junaidi.

Sementara itu, katanya, pejabat Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sedang menunggu keputusan rasmi Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha.

Speaker akan mengkaji penghakiman Ghazali sebelum memutuskan sama ada untuk membawa kes Tian itu untuk dibahas di Dewan Rakyat.

Memetik kes Fan Yew Teng yang dibatal kelayakannya sebagai ahli parlimen Menglembu pada 1975 selepas dirujuk kepada jawatankuasa hak Parlimen selepas disabitkan kesalahan hasutan, Junaidi berkata "Speaker tidak mempunyai kuasa untuk mengosongkan kerusi tersebut."

Menurutnya, Dewan yang boleh berbuat demikian, bukannya Speaker.


Komen Isac;

Denda RM 2,000 telahpun dibayar YB Tian Chua, tak kan gara-gara takutkan hilang jawatan Ahli Parlimen, meminta dipulangkan semula agar dipenjarakan dua bulan?

Seolah-olah kita rakyaat Malaysia ni sedang diajar oleh "pengubal undang-undang negara" bagaimana nak menipu "undang-undang".

Bagi penulis jika Yang Arif Hakim ada menyebut dengan jelas, alasan penghakimannya adalah untuk mengelakkan PRK dan ia merupakan kesalahan pertama tertuduh, kita sepatutnya menghormati keputusan beliau.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3