BANJIR KILAT... Kakitangan kerajaan dan orang ramai yang berurusan di Wisma Persekutuan Johor Baharu, di Jalan Ayer Molek terpaksa menunggu sehingga air surut akibat banjir kilat di bandaraya Johor Baharu, petang tadi. Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) Lokman Sulaiman ketika dihubungi berkata banjir kilat berlaku selepas hujan lebat kira-kira dua jam mulai pukul 4 petang. Selain Wisma Persekutuan, Lokman berkata banjir tersebut turut menjejaskan beberapa bangunan di Jalan Ayer Molek termasuk Menara Tabung Haji dan Kompleks Mahkamah Johor Baharu. Kawasan lain yang turut terjejas adalah Jalan Skudai, Kampung Pasir, Jalan Yahya Awal dan Majidee. MBJB katanya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan kejadian itu bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. - Foto BERNAMA
myrrh: sejarah dan potensi masa depan
-
Penggunaan resin myrrh dalam perubatan dikesan sejak zaman mesir purba.
Seterusnya myrrh diamalkan secara meluas di zaman Rom. Dikatakan tentera
rom dib...
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.