Jun 30, 10 10:33am
http://www.malaysiakini.com/news/135952
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati bahawa terdapat beberapa akhbar harian dan tabloid yang tidak mematuhi syarat permit, garis panduan penerbitan yang ditetapkan atau peruntukan yang terdapat di dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.
Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Datuk Zaitun Ab Samad berkata KDN telah mengeluarkan sebanyak 43 surat teguran kepada akhbar harian pada 2009 manakala 10 surat teguran telah dikeluarkan pada 2010.
Bagi akhbar tabloid pula, Kementerian ini telah mengeluarkan sebanyak 19 teguran pada 2009 hingga bulan Mei 2010. Bagi tempoh yang sama, KDN telah mengeluarkan sebanyak enam surat teguran dan satu surat tunjuk sebab kepada surat berita parti politik.
"Mengikut Seksyen 7 (1), AMCP 1984, apa-apa hasil penerbitan tidak boleh mengandungi perkara-perkara yang memudaratkan ketenteraman awam, memudaratkan keselamatan, memudaratkan moral, menggemparkan fikiran orang ramai, berlawanan dengan mana-mana undang-undang, memudaratkan kepentingan awam dan memudaratkan kepentingan negara," katanya.
rbitan juga dilarang menyiarkan berita tidak benar dan jika ini dilanggar maka ia bertentangan dengan Seksyen 8A AMCP 1984, katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.
Zaitun berkata surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada penerbitan Suara Keadilan pada 28 Jun 2010 kerana telah menyiarkan berita yang menggemparkanfikiran orang ramai dan ini telah melanggar Seksyen 7 (1), AMCP 1984.
Menurutnya berdasarkan pemerhatian, didapati beberapa penerbitan tabloid juga telah melanggar syarat-syarat permit khasnya bagi syarat-syarat berikut:
Lapan salinan tiap-tiap keluaran dan edisi akhbar hendaklah dihantar kepada kementerian sebaik sahaja ia dicetak.
Selain itu, format akhbar hendaklah mematuhi contoh yang telah diserahkan bersama dengan permohonan bagi permit ini.
Akhbar itu hendaklah tidak menerbitkan apa-apa bahan, fotograf, artikel atau perkara lain yang memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan, perhubungan dengan negara atau kerajaan asing, atau yang mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang atau selainnya memudaratkan atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara.
"Akhbar itu hendaklah tidak dengan apa-apa cara salah nyata fakta-fakta berhubungan dengan kejadian-kejadian ketenteraman awam dan keselamatan yang berlaku di Malaysia," katanya.
Bagi penerbitan surat berita parti politik, syarat-syarat berikut juga hendaklah dipatuhi iaitu pengedaran hendaklah dihadkan kepada anggota parti sahaja dan pengedaran dan penjualan hanya dibenarkan kepada anggota parti di pejabat urusan dan markas parti sahaja.
- Bernama
Komen Isac;
Nampaknya KDN semakin menyumbang kepada hilangnya "kepercayaan" penyokong-penyokong Umno/BN....
Apa tidaknya, jika kesalahan dilakukan oleh penyokong-penyokong dan akhbar yang pro Pakatan Rakyaat, KDN hanya mampu untuk memberikan "amaran" demi "amaran"...
Sebaliknya jika penyokong-penyokong Umno/BN yang melakukan kesilapan, terus diambil tindakan... Lihat sahajalah mereka yang mengusung kepala lembu di Shah Alam tempohari... Terus didakwa!!!
Dato' Seri Najib, kami mahukan Menteri KDN yang "Jantan"!!!!!! Agar kerajaan yang ada tidak sewenang-wenangnya diperkotak-katikkan!!!
Itupun jika Umno/BN masih mahu memerintah selepas PRU 13 nanti!!!
Hadoyaiii, bila blogger lain tulis aku X percaya, rupanya memang betul.....Menteri Amaran.....Sepupu Najib... Hisham ni "baik" sangatlah... Kena cari yang "garang" sikit...
Hadoyaiii, bila blogger lain tulis aku X percaya, rupanya memang betul.....Menteri Amaran.....Sepupu Najib... Hisham ni "baik" sangatlah... Kena cari yang "garang" sikit...
aku dah lama hilang kepercayaan dengan KDN , dorang ni makan gaji buta saja , dah berapa belas kali paper pembangkang buat onar dan fitnah disenyapkan , harakah buat fitnah dan pembohongan dipejamkan mata , macamana aku nak hormat ?
ReplyDeletelebih2 lagi apabila menteri amaran jadi bos , lagilah hancur KDN , terus jadi pondan ..
kadang2 aku rasa KDN baik takde ,buat habis duit kerajaan je ..
ataukah ada beberapa kerat dalam KDN sebenarnya agen pembangkang ??
yang pasti imej lemah yg ditunjukkan KDN adalah antara faktor hilangnya kepercayaan rakyat pada kerajaaan !
KDN semasa era Tun Mahathir amat tegas sehingga tiada yg berani mencuba untuk menabur fitnah.... tapi la ni apa dah jadi weh...... Kecut dalam negeri
ReplyDeletekdn sekarang adalah sampah. DS Hishamuddin ini sama tarafnya dengan KJ..cuba kita renung kembali, apa jasa hishamudin ini kepada kita? melainkan dia sepupu DS Najib dan anak kepada Tun Husin Onn.
ReplyDeleteElok dia dikeluarkan dari umno bersama kj.
Apa nak diherankan, keris yang dulu dengan bangga bogel last-last malu tersipu masuk sarung balik.
ReplyDelete