Umno bukan pejuang bangsa dan agama |
Muhd Yusri Amin |
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27082:umno-bukan-pejuang-bangsa-dan-agama&catid=1:utama&Itemid=50 KOTA BHARU, 11 Jun: Perwakilan Perak, Drs Khalil Idham Lim Abdullah menolak Umno sebagai parti yang memperjuangkan bangsa dan agama di negara ini kerana sanggup bersekongkol dengan APCO Worldwide. Beliau berkata, dosa-dosa Umno perlu diterangkan kepada rakyat sehingga mereka merasa jijik untuk terus menyokong parti itu. Komen Isac; Apa yang Drs Khalil Idham atau lebih dikenali sebagai "Cina Islam" merepek ni..... Sebelum ini dalam blognya beliau sememangnya selalu mengutuk dan memfitnah Umno sebagai tidak Islamik. Mengapa pula kini beliau mengatakan Umno tidak memperjuangkan Bangsa dan Agama hanya semata-mata apabila melantik firma APCO untuk membantu memulihkan imej negara yang telah teruk "disabotaj" oleh Pakatan Rakyaat terutamanya selepas PRU 12 yang lalu??? Adakah ini bermaksud tuduhan "Cina Islam" ini teradap Umno selama ini hanyalah fitnah dan tohmahan semata-mata? Sekarang baru tidak memperjuangkan bangsa dan agama, dahulu ok pulak??? Jika mendapatkan bantuan syarikat seperti Apco demi memperbaiki imej negara yang teruk tercemar suatu kesalahan? Bagaimana pula dengan PAS yang bersengkokol dengan PKR dan DAP di dalam "menjahanamkan" imej negara? Jika mendapatkan khidmat Juru Perunding yang mempunyai seorang dua Pengarah keturunan Yahudi menjadi suatu kesalahan, bagaimana pula halnya dengan Anwar yang menerajui beberapa pertubuhan milik Yahudi dan dikatakan juga menerima bantuan dana asing termasuk dari pertubuhan-pertubuhan Yahudi di dalam cubaan mereka menumbangkan kerajaan Malaysia? Sebagai "Cina Islam" yang diterima dengan penuh rasa persaudaraan oleh orang-orang Melayu/Islam di Malaysia, Idham Lim mungkin tidak kisah jika negara ini di perintah oleh DAP dan hak keistimewaan Melayu/Bumiputera tergadai... Setelah pelabor-pelabor mengelakkan negara kita dek propaganda Anwar "16 September", kini pelabor-pelabor telah kembali antaranya kerana usaha APCO. Jestru itu, siapakah musuh negara APCO? Ataupun Anwar dan Pakatan Rakyaat? Antara beberapa berita yang menggembirakan kita sejak kebelakangan ini setelah kerajaan melantik APCO untuk membantu kita. Dengan APCO Malaysia menerima pelaburan berbillion dari luar negara, dari Dubai RM 16 Billion, dari Western Digital labur RM 4 bilion. Malaysia kini muncul sebagai negara ke-10 paling kompetitif di dunia daripada tempat ke-18 sebelum ini. Ia dicatatkan oleh Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD) di dalam World Competitiveness Yearbook 2010. Malaysia Ditangga Ke-9 Destinasi Pelancong Oleh UNWTO KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pelancongan Dunia Bangsa-bangsa Bersatu (UNWTO) meletakkan Malaysia di tangga kesembilan destinasi yang sering dilawati pelancong di dunia, tahun lepas. Maklumat lanjut klik sini. |
Keling ke, cina ke, mereka masuk Islam dengan banyak sebab. Jarang-jarang sebabnya kerana Allah.
ReplyDeleteSalam Isac..
ReplyDeleteNanti depa kata pelaburan yang masuk dari usaha Kerajaan guna APCO haram lak!! Dasar munafik. Nanti kalau depa pegang Kerajaan bukan saja APCO, ntah dengan Israel pun depa jalinkan kerjasama.
Tomahan itu istilah yang lembut bersopan. Namun kalau ia memang tidak dan sengaja dicipta adakan maka istilah yang sebenar dan tepat ialah FITNAH. Maka tergolonglah mereka dalam hukum hukum mengenai fitnah yang lebih parah dari membunuh itu. Mashaallah...
ReplyDelete