Dokumen Israel dedah sebab sebenar sekatan Gaza
TEL AVIV - Satu dokumen rahsia kerajaan Israel membuktikan sekatan ke atas Gaza dilakukan sebagai ‘perang ekonomi’, bukan kerana isu keselamatan seperti yang didakwa negara rejim itu.
Kerajaan rejim Zionis mengenakan sekatan ketat ke atas Gaza sejak Jun 2007 sejurus kumpulan pejuang Hamas menguasai kawasan itu selepas memenangi pilihan raya pada tahun sebelumnya.
Tel Aviv sering kali menegaskan tujuan utama sekatan itu adalah untuk menghalang kemasukan senjata api kepada militan di Gaza, dan alasan yang sama digunakan selepas tentera rejim menyerang kapal konvoi ke Gaza, minggu lalu.
Dokumen itu merekodkan jawapan kerajaan terhadap saman kumpulan hak asasi manusia Israel, Gisha, di mana kerajaan rejim menjelaskan sekatan itu sebagai pelaksanaan haknya melancarkan perang ekonomi.
“Sebuah negara mempunyai hak untuk tidak mengadakan hubungan ekonomi, atau memberi bantuan ekonomi kepada pihak bertelagah, dan sebuah negara mempunyai hak untuk melancarkan perang ekonomi,” menurut dokumen tersebut.
Dokumen rahsia itu diperoleh daripada Gisha yang menyaman kerajaan Tel Aviv untuk mendapatkan maklumat berkenaan sekatan ke atas Gaza sekaligus membuktikan Israel mengenakan sekatan sebagai hukuman kepada penduduk Gaza.

No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.