bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

15 Jun 2010

Muktamar Pas - K Deepakaran Sedang Menonjolkan Diri Untuk Bertanding Atas Logo Pas Yang Pertama???

Permintaan pertama Dewan penyokong PAS
Jimadie Shah Othman | Jun 12, 10 10:39am
Tampil julung-julung kalinya sebagai perwakilan dalam muktamar parti, Dewan Himpunan Penyokong PAS hari ini mengutarakan permintaan sulung mereka, antaranya bantuan untuk sekolah vernakular dan pelantikan jentera pentadbiran di peringkat daerah.

Setiausaha dewan itu K Deepakaran berkata permintaan itu dibuat ekoran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) serta sekolah agama rakyat tidak mendapat perhatian sewajarnya sebelum ini.
"Saya minta PAS tegas supaya SJKC, SJKT termasuk sekolah agama rakyat yang tidak dilayan adil, dengan perutukan kementerian pelajaran.


"Seterusnya, semua usul di parlimen yang menyentuh tentang masyarakat bukan Islam, PAS akan bersuara untuk bukan Islam," katanya. Deepakaran juga mengusulkan, dalam pelantikan penghulu, ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan ahli majilis haruslah dibuat dengan "sokongan" daripada kesemua dewan dalam parti itu.

pas muktamar in kota bharu"(Mudah-mudahan) penyokong akan berganding dalam dewan-dewan... untuk menjayakan program turun padang bagi mengukuhkan sokongan," tambahnya.
Selepas dinaiktarafkan daripada kelab kepada dewan hujung bulan lalu, penyokong bukan Islam PAS kini dibenarkan menghantar 15 perwakilan dan terlibat secara rasmi dalam muktamar tahunannya.

Komen Isac;

Macam ada ketokohan...Tapi sanggupkah PAS untuk "mengurangkan" jumlah calon part tersebut daripada bertanding dalam PRU 13 demi untuk memberi peluang kepada ahli penyokong PAS seperti saudara Deepakaran ini???

Ataupun PAS berkira-kira untuk mengambil kuota PKR ataupun DAP???

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3