Israel letak syarat tamat sekatan ke atas Gaza
BAITULMAQDIS: Israel tidak akan menamatkan sekatannya ke atas semenanjung Gaza selagi Hamas tidak membenarkan wakil Palang Merah melawat seorang askar Yahudi yang ditawan di wilayah Palestin itu sejak 2006.
Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman berkata syarat minimum untuk menamatkan sekatan ialah wakil Palang Merah dibenarkan melawat Gilad Shalit, askar Israel berusia 23 tahun yang ditawan pejuang Hamas dalam operasi nekad merentasi sempadan tiga tahun lalu.
Komen Isac;
Rejim Zionis memainkan "politik halus", jika Hamas menerima permintaannya in bermaksud seolah-oleh sekatan ke atas GAZA selama ini adalah angkara Hamas yang tidak membenarkan wakil Palang Merah untuk melawat askarnya yang ditahan oleh Hamas sejak 2006.
Yahudi ni memang bijak bermain tipu daya, tetapi "mereka" terlupa bahawa "tipu-daya" Allah s.w.t maha hebat dan mereka pasti akan menanggung akibatnya nanti...
Zionis akan melakukan apa sahaja untuk menindas umat Islam.
ReplyDeleteSehingga ke tahap akhbar antarabangsa yang dikawal Yahudi mempromosikan Islamphobia.