bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

4 Jun 2010

Terhangat!!! Jawatan PM & TPM Untuk DAP Jika Pakatan Rakyaat Memenangi PRU 13???

Secara logiknya Umno masih agak kuat di kawasan majoriti Melayu. Tetapi calon-calon bukan Melayu parti komponen BN yang bertanding di kawasan Melayu berkemungkinan besar akan kalah kerana undi Melayu untuk mereka kini berpecah dua dan undi Cina majoritinya akan pergi kepada DAP.

Umno tidak boleh memenangi PRU 13 secara bersendirian. Jika calon-calon parti Cina komponen BN gagal untuk menang termasuk di Sabah dan Sarawak, BN mungkin akan gagal untuk mendapatkan majoriti mudah bagi membentuk Kerajaan Persekutuan. Sekiranya ini berlaku maka Pakatan Rakyaat yang akan menang.

Ironinya calon-calon PKR yang menang  lebih ramai dari mereka adalah berketurunan bukan Melayu/bumiputera  disebabkan oleh pengaruh Umno dan disebabkan oleh faktor tersebut juga kerusi yang dimenangi Pas mungkin akan semakin berkurangan. Yang akan semakin perkasa adalah DAP kerana kesemua kerusi yang diperuntukkan untuk kaum Cina akan dimenangi oleh mereka.

Apabila ini berlaku DAP akan mempunyai majoriti kerusi dalam Pakatan Rakyaat. Sebagai parti yang kuat sudah pasti mereka akan cuba untuk membolot jawatan PM dan TPM sekaligus. Sekiranya ada jawatan TPM2 diwujudkan maka jawatan tersebut mungkin akan ditinggalkan untuk direbut oleh Pas dan PKR.

Itulah hakikat pahit yang orang Melayu/Bumiputera kena telan....Jika Pakatan Rakyaat memenangi PRU 13.....

Kalaupun DYMM SPB Yang Dipertuan Agong tidak berkenan dengan cadangan mereka maka, krisis di negeri Perak akan berulang, kerajaan boneka yang ditadbir oleh DAP akan ditubuhkan, dan kali ini Kerajaan Persekutuan.

Kementrian Kewangan dan Kementrian Dalam Negeri Guan Eng yang jaga...Siaplah harta negara, siapa yang lawan akan di "ISA"kan. Masa tu "padan muka" kita semua, barulah tahu langit tu tinggi atau rendah...Melayu/bumiputera sememangnya kurang pandai matematik??? Nak bagi TPM 2 kat DAP kononnya, DSAI sendiripun belum tentu akan dapat jawatan tu jika Pakatan Rakyaat menang PRU 13 nanti...

Yang kurang cerdiknya adalah DSAI, yang masih "gagal" mencapai impian untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia...

Untuk ke blog "Bicara Nobisha" yang membicarakan persoalan yang hampir sama, klik sini.

2 comments:

  1. DSAI, PAK HADI, NIK AZIZ dan semua Pemimpin Melayu didalam PR semuanya sama saja seperti SiLuncai terjun dengan labu-labunya. Angan-angan Mat Jenin yang akhirnya memakan dirinya sendiri.

    Perlu diingat kaum Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak bukannya kebal dengan pujukan dan hasutan. Jika ini dibuat dengan gigih oleh DAP, ada kemungkinan besar melayu akan berpecah sepecah-pecahnya didalam PRU ke 13 kelak. Ketia itu nasi sudah menjadi bubur dan atas nama kesamarataan, Lim Guan ERng akan menjadi PM dan Karpal Singh akan menjadi TPM. DSAI sekali lagi masuk kedalam UMNO/BN dan menangis dibawah kekesalan yang amat sangat. Atau menjadi manusia gila!!!!!

    ReplyDelete
  2. SLM BRO...MAMAT SONGSANG DAN PUNDAK2NYE MMG SUKA BIKIN KRISIS SESAMA MELAYU SUPAYA KUASA ORG MELAYU LUNTUR. JD DIA BOLE LA KONKER MINDA ORG MELAYU IKUT CKP DIA (CKP BAPAK KOMUNIS KID SIANG!) HARKK PTUIHHH!!!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3