bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

1 Jun 2010

Kekejaman Zionis - Kita Hanya Tahu Mengutuk...


GAMBAR dirakam daripada siaran TV Turki menunjukkan bot komando Israel mendekati kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Gambar bawah, komando Israel menceroboh kapal misi bantuan menyebabkan lebih 10 aktivis bantuan kemanusian untuk penduduk Gaza terbunuh. - Foto AFP
May 31, 2010 5:50 pm


Serangan di perairan antarabangsa pencabulan undang-undang serius: Anifah
2010/05/31


KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan kejadian serangan rejim Israel terhadap kapal Turki ‘Mavi Marmara’ yang membawa aktivis misi kemanusiaan ke Gaza termasuk dua rakyat negara ini.

Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, berkata serangan yang dilakukan rejim itu di perairan antarabangsa menggambarkan bahawa Israel tidak menghormati peruntukan undang-undang antarabangsa.

“Serangan di perairan antarabangsa adalah satu pencabulan undang-undang perairan antarabangsa yang serius. Malaysia juga menggesa Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan perkara ini supaya Israel tidak menyekat aktivis memasuki Gaza,” katanya.

Kapal Turki Mavi Marmara itu yang membawa aktivis misi bantuan kemanusiaan di Gaza serta dua kakitangan stesen televisyen Astro Awani diserang tentera Israel pagi semalam dalam pelayaran bagi melaksanakan misi berkenaan. 

“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel yang tidak berperikemanusiaan terhadap kapal Mavi Marmara itu yang membawa keperluan asas seperti makanan, perubatan dan bahan binaan bagi keperluan rakyat Palestin.


 
Komen Isac;

Walaupun penulis berpandangan misi kemanusiaan ke Gaza, adalah kurang bijak, tetapi "keberanian" dan "pengorbanan" mereka yang terlibat sememangnya dikagumi penulis. Sekurang-kurangnya mereka tidak hanya berpeluk tubuh membiarkan rejim Zionis sewenang-wenangnya menzalimi penduduk Palestine. Sesuatu perlu dilakukan dan mereka ini telah cuba melakukan sesuatu untuk membuka mata kita semua. Zionis sememangnya bangsa "super ultra kiasu!!!"
Mungkin kebanyakkan daripada kita telah muak, jelak dan putus asa kerana hampir semua "kerajaan" di dunia ini dilihat "tidak berani" untuk membela atau setidak-tidaknya "memberikan bantuan kemanusiaan" kepada rakyaat Palestine.
Dalam masa yang sama "pihak pembangkang" kepada kerajaan-kerajaan yang memerintah pula hanya "berani berkokok" menyalahkan dasar kerajaan-kerajaan tadi tanpa ada usaha yang berkesan diambil untuk mengubahnya.

Kita juga tidak kisah untuk berbelanja di outlet-outlet milik Yahudi walaupun kita tahu "mereka" ini akan menyumbangkan beberapa persen  daripada hasil jualan mereka kepada Zionis.
"Bagi penulis, Zionis hanya layak untuk diperangi titik".

Mudah-mudahan semua yang terlibat dalam misi ini terutamanya warga Malaysia yang ditawan, dilindungi Allah s.w.t. dan semoga peristiwa ini akan membuka mata warga dunia untuk mengenakan tekanan yang sistematik dan berterusan terhadap rejim Zionis.

Semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat, amin. Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3