Ibrahim Ali-Wee tegang…tapi akhirnya selesai
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a
Jika Selasa, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bengang betul pada Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong…namun pada petang Rabu kedua-dua mereka berdamai setelah timbul ketegangan mengenai isu pemberian biasiswa MARA kepada pelajar Bumiputera.
Sebelum itu, Wee yang juga Timbalan Menteri Pelajaran mengadakan sidang media di Lobi Parlimen bersama Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin untuk menjelaskan kekeliruan berhubung ulasannya mengenai kemungkinan kerajaan menghentikan secara berperingkat-peringkat pemberian biasiswa kepada pelajar ijazah sarjana muda di luar Negara mulai tahun depan.
Wee menjelaskan beliau tidak menyentuh soal biasiswa MARA kepada Bumiputera tetapi disalahlapor oleh media.
Beliau menegaskan sudah mendengar rakaman kenyataannya yang disalahanggap oleh Ibrahim sebagai menyentuh hak istimewa orang Melayu dan mendapati apa dilaporkan akhbar itu kurang tepat.
Khairy pula menjelaskan, beliau bersama Wee mengadakan sidang media itu sebagai sokongan kerana Wee adalah pemimpin Pemuda MCA.
Selesai sidang media itu, wartawan Agendadaily mencadangkan Wee bertemu Ibrahim yang ketika itu sedang duduk di bilik rehat Ahli Parlimen bagi menjelaskan kekeliruan yang mencetuskan rasa bengang ahli parlimen Bebas Pasir Mas itu sehingga menganggap Wee sebagai biadap.
Wee kemudian bersetuju Agendadaily jadi ‘orang tengah’ bagi pertemuannya dengan Ibrahim.
Ibrahim pada mulanya enggan bertemu Wee tetapi akhirnya bersetuju selepas didesak Agendadaily.
Kedua-dua mereka kemudian bertemu dengan Wee menjelaskan kedudukan sebenar manakala Ibrahim menasihatkan timbalan menteri itu jangan mengulangi kenyataan sedemikian yang boleh mencetuskan isu perkauman.
Mereka akhirnya berdamai dan bersalaman sambil disaksikan Ahli Parlimen BN Tangga Batu Datuk Ir Idris Haron.-23/6/2010
Ibrahim ingatkan Ketua Pemuda MCA jangan sentuh biasiswa MARA
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bengang betul dengan kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong menyentuh soal pemberian biasiswa MARA kepada pelajar bumiputra dalam ulasannya mengenai langkah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menghentikan secara berperingkat-peringkat pemberian biasiswa kepada pelajar yang mengikuti kursus ijazah sarjana muda di luar negara mulai tahun depan.
Baginya biasiswa MARA melibatkan soal hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.
"Orang biadab tidak layak berada dalam Kabinet,"kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu di lobi parlimen sambil menunjukkan keratan sebuah akhbar tempatan yang melaporkan kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran itu.
Beliau menilai Wee tidak faham Perlembagaan Negara.
Wee dilaporkan mempersoalkan ia tidak selari dengan konsep 1Malaysia jika kerajaan hanya menghentikan biasiswa JPA tetapi tidak biasiswa MARA.
Ibrahim Ali berkata beliau tidak kisah Wee selaku Ketua Pemuda MCA membuat desakan tertentu terhadap kerajaan tetapi janganlah menyentuh sesuatu hak istimewa orang Melayu.-22/6/2010

Orang Melayu asyik mempertahan apa yang sudah ada? Kenapa takut?
ReplyDeleteKaum lain sibuk mendesak? Itu memang patut.
PERKASA patut fokus kepada menambahkan lagi tuntutan dan faedeah untuk orang Melayu dan mendesak apa yang sudah dikurangkan kepada orang Melayu sebelum ini dikekal dan ditambah.
Jika semua pihak melakukannya dengan betul, tidak akan berlaku apa apa perkauman, terpulanglah kepada kerajaan sekarang samada mempunyai wibawa atau tidak untuk tangani semua tuntutan dengan bijak.