bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

10 Jun 2010

SKM Kata Tiada Penyelewengan Dalam Kohilal - Lembaga Pengarah Tak Perlu Letak Jawatan Ke???

Tiada penyelewengan dalam KOHILAL: SKM

2010/06/09

KOTA BHARU: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengesahkan kerugian yang ditanggung Koperasi Al-Hilal Berhad (KOHILAL) bukan kerana salah laku pengurusan atau penyelewengan tetapi silap percaturan dalam urusan pelaburan.

Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Mangsor Saad, berkata pihak pengurusan koperasi itu telah silap membuat pelaburan sewaktu negara dilanda kegawatan ekonomi pada tahun 1998.

Katanya, SKM pernah mengambil alih koperasi itu selama setahun pada 2005 sebelum menyerahkannya semula kepada pengurusan baru koperasi berkenaan pada tahun berikutnya.

"Kami anggap isu KOHILAL sudah selesai selepas urusan pentadbiran koperasi itu diserahkan kepada pengurusan baru pada 2006," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Pelaburan Koperasi Dalam Konteks Ekonomi Semasa, di sini, hari ini.

Mangsor mengulas desakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali, agar PAS mendedahkan ke mana RM45 juta wang pelaburan kira-kira 20,000 ahlinya disalurkan.

Ibrahim dilaporkan sebagai mendakwa, pelbagai persoalan menyelubungi koperasi berkenaan sehingga menyebabkan skim pelaburan yang ditubuhkan pada 1986 itu hanya mampu membayar dividen rendah sehingga 1997.


Komen Isac;

Kalau kerugian yang dialami oleh syarikat-syarikat  GLC, tentunya Pakatan Rakyaat akan menuduh bermacam-macam. Kenyataan SKM sebegini oleh mana-mana jabatan kerajaan pastinya akan dituduh sebagai "bersengkokol" untuk tujuan "cover up".

Dah nama berniaga, memanglah kadang-kadang rugi...Bank pun kadang-kadang kena tipu...Tiada ke tindakan kepada ahli lembaga pengarah dan Pengarah Urusannya???

1 comment:

  1. Ko halal jer la RM45 ribu tu wp dah 13 tahun melabur tp takde untung. Lepas nih bukak ler bisnes jual karipap daging secara kecil-kecilan, modal kecil untung pun kecil kurang risiko berbanding kalau jual burung onta. Atau boleh cuba jual orang pulak kerana jual orang lebih untung dari jual onta...wow.
    Jadilah kita orang yang sentiasa redha akan ujian Tohan Alla kerana yang penting surgawi telah dijanjikan oleh Tok Guru Wali Agung kita kerana keuntungan didunia hanya sementara dan penuh dengan tipu daya.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3