http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a
Biasanya kita dengar kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang.Namun dalam hal ini ribut tak ada, angin tak ada tapi ada yang 'mau kasi goyang itu pokok'.
Ramai juga di kalangan pimpinan UMNO Perak yang tertawa mendengar telatah Ketua Penerangan PKR Perak, Zulkifly Ibrahim mahu bikin heboh kononnya ada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional nak lompat parti.
Ini lebih-lebih lagi beliau mengadakan sidang akhbar di Ipoh Ahad untuk memberitahu bahawa pucuk pimpin PKR sedang berunding dengan tiga ADUN berkenaan untuk tujuan itu. Dari segi strategi politik sendiri ia nampak karut. Lagipun sesuatu pergerakan politik yang serius begitu pasti dapat dihidu. Dalam bab ini tidak timbul sebarang petunjuk seperti didakwa itu yang boleh buat kerajaan negeri Perak terbalik kepada pembangkang semula.KLIK PADA TAJUK UNTUK LAPORAN LANJUT.- 13/6/2010
Komen Isac;
Bagi penulis lompat-melompat dalam politik ni perkara biasa..... Cuma nak tahu "mereka" ni dapat seorang berapa juta pulak? "Up" berapa kali? Dua kali??? Dapat RM 4 Juta sorang ke? Kalau betulpun penulis tidak terkejut... Cuma terfikir, dari mana duit-duit tu datang...
walaupun orang mereka lompat parti tapi umno perak tidak seharusnya berasa selesa. bila bila masa saja adun bn boleh menjadi pengkhianat.
ReplyDelete